Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Kingdom Hearts 3 Re:Mind – DLC mencabar bagi gamers yang inginkan pengalaman sebenar KH3!

Jom kita teruskan pengembaraan Sora dan rakan-rakan Disney!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 12, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, PS4, Review
0 0
0
Ulasan Kingdom Hearts 3 Re:Mind – DLC mencabar bagi gamers yang inginkan pengalaman sebenar KH3!
Share on FacebookShare on Twitter

Penghujung Kingdom Hearts 3 memberikan kesimpulan yang memuaskan kepada pemain, tetapi jalan ceritanya yang tidak lengkap masih diteruskan di babak seterusnya dalam saga Kingdom Hearts. Square Enix mendedahkan bahawa “cliffhanger” ini akan diberikan penamat sewajarnya dengan keluaran DLC Re:Mind dan akan mengembangkan lagi setiap jalan cerita yang muncul semasa pertarungan akhir antara Guardians of Light’s dan Organization XIII.

Re: Mind mempunyai jalan cerita yang menarik, penambahan pengguna Keyblade untuk dimainkan, beberapa “Boss Fight” yang menghiburkan, dan dilengkapi dengan “difficulty” yang lebih mencabarkan. Secara keseluruhan, pemain mungkin akan rasa gameplay di DLC ini agak repetitif tetapi kualitinya masih kekal bagus dan memberikan kesimpulan yang pemain inginkan.

Pemain juga diberi keupayaan untuk memilih watak-watak lain selain daripada Sora. Pilihan ini sangat dinantikan dan peminat boleh bereksperimen dengan kebolehan Keyblade oleh watak-watak lain dalam siri seperti Kairi, Riku, Aqua, dan Roxas. Ini membantu untuk menyegarkan lagi gameplay dalam siri Kingdom Hearts.

Episod Limitcut yang datang dengan beberapa kameo pendek oleh watak-watak Final Fantasy popular akan memaksa pemain untuk mengulangi pertarungan mereka dengan anggota Organization XIII. Boss Fight ini memang menyeronokkan tetapi sejujurnya sangat sukar. Jangan haraplah untuk mencederakan mereka melainkan jika Sora berada di level MAX. Di sini, pemain haruslah kembali ke jalan cerita utama dan “grinding” sehingga cecah level 99. Diingatkan lagi sekali bahawa setiap Boss Fight adalah sangat susah dalam episod Limitcut, terutamanya Boss Fight rahsia dan sangat disyorkan untuk pemain mencabar mode ini dengan level MAX, menggunakan gear terbaik termasuk Ultima Weapon dan makan consumables untuk meningkatkan statistik jika boleh.

Berikut adalah senarai BOSS FIGHT:

Limitcut Boss

1 of 7
- +

1. Dark Riku

2. Larxene

3. Luxord

4. Marluxia

5. Xigbar

6. Terra-Xehanort

7. Young Xehanort

 

1 of 6
- +

Jika pemain berjaya menumpaskan setiap Boss di atas, anda boleh mencuba pertarungan terakhir dengan Boss rahsia. Penamat ini mungkin akan menimbulkan banyak tanda tanya tentang masa depan Kingdom Hearts. Episod rahsia ini mempunyai 2 pengakhiran berbeza berdasarkan keputusan anda dan bergantung sama ada anda kalah atau menang kepada Boss rahsia. Memang sukar untuk pemain sampai ke tahap ini, tetapi mengalami apa yang ditawarkan dalam pertarungan ini adalah cara terbaik untuk menamatkan Re:Mind.

Premium Menu adalah feature baru untuk DLC Re:Mind dan membolehkan pemain menjadikan permainan lebih mudah atau lebih susah, bergantung pada pilihan sendiri. Selepas membuat dua pilihan pertama pada permulaan permainan, anda akan dibentangkan dengan soalan ketiga dengan 3 pilihan baru!

Usual Adventure

  • Pilihan Usual Adventure memulakan permainan seperti biasa. Ini bermakna ia tidak mempunyai sebarang efek dari Premium Menu. Pilih Usual Adventure untuk pengalaman KH3 yang normal.

Easy Adventure

  • Mode Easy membolehkan pengguna menggunakan “EZ Codes” (Fast Pass), yang boleh menjadikan permainan lebih mudah untuk anda! EZ Codes boleh digunakan dalam Critical Mode untuk memudahkan anda mendapatkan ganjaran termasuk Oblivion Keyblade.

Challenging Adventure

  • Mode ini memberi akses kepada “PRO Codes” (Black Codes), yang meningkatkan tahap kesukaran permainan dengan mengehadkan atau menghalang pemaindengan cara tertentu. Beberapa Pro Codes yang boleh anda gunakan termasuk: tiada item, tiada magic Cure, HP slip, MP slip, & lain-lain!

Walaupun Re:Mind mengulangi detik-detik terakhir Kingdom Hearts 3 tetapi ia memberikan pandangan yang lebih dekat pada setiap rakan Sora dan memberikan peluang kepada pemain untuk menguji kemahiran Keyblade mereka. Setiap Boss Fight yang baru ditambahkan terutama pertarungan terakhir dengan Yozora juga sangat memuaskan dan pasti mencabar peminat. Selain itu, pertemuan dengan Yozora juga membuka jalan untuk jalan cerita baru bagi saga Kingdom Hearts. Berita ini mesti mengembirakan lagi hati peminat kan? Jadi ini bukanlah penamat bagi francais tersebut. Maka tamatlah ulasan ini.. Sebelum itu, mari lihat gameplay pendek kami:

Kingdom Hearts 3 Re:Mind kini boleh didapati di PlayStation 4 untuk nilai harga RM131.00, dan bakal dikeluarkan untuk Xbox One pada 25 Februari 2020.

Muat turun disini!!
Kingdom Hearts III
Developer: Square Enix
Release Date TBC
PlayStation 4
KINGDOM HEARTS III menceritakan kisah persahabatan Sora dan kawan-kawannya ketika mereka memulakan sebuah pengembaraan yang bahaya. Berlangdung dalam pelbagai dunia Disney, KINGDOM HEARTS mengikuti perjalanan Sora, seorang budak lelaki yang mewarisi kebolehan yang luar biasa.

The Review

Kingdom Hearts III Re:Mind

7 Score

Walaupun Re:Mind mengulangi detik-detik terakhir Kingdom Hearts 3 tetapi ia memberikan pandangan yang lebih dekat pada setiap rakan Sora dan memberikan peluang kepada pemain untuk menguji kemahiran Keyblade mereka.

Review Breakdown

  • Setiap Boss Fight yang baru ditambahkan terutama pertarungan terakhir dengan Yozora juga sangat memuaskan dan pasti mencabar peminat. 0
Tags: Kingdom Hearts 3Kingdom Hearts 3 DLCPS4Re:Mindreviewsoraulasan
Previous Post

Pokémon Home kini dilancarkan & memperkenalkan Professor Oak dengan imej baru!

Next Post

Ini adalah cara untuk membuka kelas baru dalam DLC Cindered Shadows di FIRE EMBLEM: THREE HOUSES!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform
Berita

Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform

June 6, 2026
animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Next Post
Ini adalah cara untuk membuka kelas baru dalam DLC Cindered Shadows di FIRE EMBLEM: THREE HOUSES!

Ini adalah cara untuk membuka kelas baru dalam DLC Cindered Shadows di FIRE EMBLEM: THREE HOUSES!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd