Barisan gaming laptop Acer telah bertambah lebih baik pada beberapa tahun ini dengan Predator Triton 500 menjadi salah satu kegemaran peribadi saya dengan badannya yang slim dan prestasi gaming yang baik untuk nilai wang yang mampu milik. Sekarang, kita mempunyai sesuatu produk yang lebih murah, tetapi kehebatannya hampir sama: Acer Nitro 7.
Menampilkan chassis yang nipis, Acer Nitro sangat berprestasi tinggi, mempunyai paparan yang pantas, dan paling penting ianya mampu dimiliki pada nilai harga yang rendah. Acer Nitro 7 harus berada dalam senarai anda jika ini adalah apa yang anda cari dalam sebuah gaming laptop.
Reka Bentuk yang Simple tetapi Mantap
Salah satu titik jualan Acer Nitro 7 adalah profil nipisnya, yang ketebalannya hanya 19.9mm. Walau bagaimanapun, itu hanya di bahagian depan chassis; kerana belakangnya sedikit tebal iaitu 23.14mm. Walaupun itu kedengaran tidak begitu menarik, namun Nitro 7 masih lebih nipis daripada kebanyakan gaming laptop di pasaran sekarang..
Secara estetik, komputer riba ini kurang menarik di luar. Logo Acer pada bahagian penutup, serta highlight merah pada ruang udara, dan kemasan logam kelihatan sangat simple tetapi memberi perasaan classic.
Tidak menghairankan, skema warna hitam dan merah boleh didapati di seluruh badan Nitro 7. Keyboard mempunyai backlighting merah (tiada RGB) di sekelilingnya. Secara peribadi, saya suka bagaimana komputer riba kelihatan secara keseluruhan. Ia masih mempunyai reka bentuk yang minimalistik walaupun skema warna “gamer” nya.
Bagi sambungan Nitro 7, ia cukup lengkap. Ia mempunyai tiga port USB-A (dua daripadanya ialah USB 3.1), sambungan USB-C, output HDMI, dan port RJ45. Setiap port ini pasti memenuhi tuntutan kebanyakan pengguna.
Bateri, Paparan, & 144Hz
Gaming laptop kebiasaannya tidak mempunyai hayat bateri yang lama, tetapi Nitro 7 terbukti tidak sama dengan yang lain. Dengan power plan ditetapkan kepada power saver dan paparan dimalapkan ke tahap yang selesa, peranti bertahan selama lima jam. Ini bukanlah jangka hayat bateri yang terbaik, tapi ia pasti bukan yang terburuk.
Anda nak tahu apa lagi yang baik? Paparan Nitro 7 yang 144Hz 15.6 inci 1080p IPS! Terima kasih kepada refresh rate yang tinggi, semua kelihatan lebih lancar pada skrin ini. Aksi mudah seperti menggerakkan kursor atau scrolling kelihatan sangat smooth pada paparan ini.
Sudah tentu, permainan video yang boleh memanfaatkan sepenuhnya refresh rate 144Hz juga membuatnya dua kali ganda lancar, dan menjadikan permainan video lebih menyeronokkan. Ia bertambah lebih baik dengan gabungan sudut tontonan dinamik, dan warna-warna yang menyerlah.
Adakah anda akan rasa panas pada laptop itu? Sudah tentu. Papan kekunci berasa agak panas bagi pendapat saya. Selain itu, anda tidak mahu meletakkan komputer riba ini di pangkuan anda kerana chassis bawah adalah bahagian paling panas selepas sesi gaming yang lama.
Prestasi yang Mantap pada Badan yang Kecil
Dikuasakan oleh processor Intel Core i7-9750H dan Nvidia GeForce GTX 1660 Ti GPU, Nitro 7 adalah gaming laptop yang berkemampuan. Walaupun GTX 1660 Ti bukanlah graphics yang paling hebat dalam dunia gaming, tetapi ia cukup kuat untuk menguruskan kebanyakan permainan video moden di tetapan grafik MAX pada 60fps.
Saya telah menguji beberapa permainan video dengan Nitro 7, dan kebanyakannya, boleh bermain jauh lebih tinggi dari tanda 60fps. Lihat sendiri keputusan di bawah.
Fire Strike: 1016 (Graphics – 1110, Physics – 13115);
Time Spy: 429 (Graphics – 372, CPU – 3370);
PCMark 10: 2453;
Games (Maxed Out Settings @ 1080p) | Average FPS |
Fortnite | 83 |
Apex Legends | 82 |
PlayerUnknown’s Battlegrounds | 64.39 |
Keputusan yang agak cemerlang, bukan? Walaupun anda tidak mendapat ciri-ciri eksklusif RTX seperti ray tracing dan Deep Learning Super Sampling (DLSS), anda tidak akan membelanjakan begitu banyak wang pada masa yang sama.
Gamer yang serius boleh memilih peranti yang lebih hebat, tetapi Nitro 7 dengan gembiranya boleh memainkan semua permainan video AAA pada tetapan yang tertinggi. Resolusi 1080p banyak membantu di sini, dan meningkatkannya ke 1440p, memerlukan GPU yang lebih baik.
Walaupun permainan video di atas tidak benar-benar menggunakan paparan 144Hz, anda boleh mencapai frame rate yang lebih tinggi dengan mengubah tetapan grafik. Ini akan memberi anda kelebihan dalam game battle royale yang saya uji di atas.
Kesimpulan
Acer Nitro 7 adalah pilihan hebat untuk gamer yang mahukan gaming laptop yang nipis, mudah untuk dibawa dan digandingkan dengan prestasi mainan yang baik. Walaupun terdapat banyak pilihan di pasaran, susah untuk mencari gaming laptop dengan nilai harga Nitro 7.
Jika ada perkara yang kurang dengan Nitro 7 pun, ia adalah kepanasan laptop dan kapasiti SSD. Walaupun begitu, anda masih boleh bermain dengan selesa dengan sistem cooling-nya yang boleh cekap, dan storage capacity pula dapat ditingkatkan dengan mudah.
Dua variasi Nitro 7 boleh didapati di Malaysia. Versi yang diberi kepada saya adalah model GTX 1660 Ti, yang dijual pada harga RM5,199. Varian GTX 1650 yang lebih murah, pula berharga RM4,499. Memandangkan perbezaan harga yang kecil, saya lebih mengesyorkan model GTX 1660 Ti kerana ia menawarkan prestasi yang lebih baik.
Bagi mereka yang mencari gaming laptop yang nipis dan berkemampuan, Nitro 7 adalah pilihan anda. Ia bukan gaming laptop yang paling sempurna, tetapi ianya menawarkan nilai yang baik untuk wang dan prestasi yang cemerlang dalam pakej yang nipis. Dapatkan Acer Nitro 7 di kedai Acer berhampiran anda atau lawat laman web rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post