Hari ini, Game Science telah berkongsi rakaman ujian gameplay Black Myth: Wukong yang menampilkan kisah mitos dan genre action adventure. Game Science merupakan sebuah studio indie dari China dan karya yang dibawakan adalah pandangan dunia gelap berdasarkan Nishiyuki. Anda boleh saksikan video ujian gameplay game ini di bawah.
Black Myth: Wukong telah muncul buat pertama kali pada tahun lalu, dan ia mempunyai gaya seakan Sekiro: Shadow Die Twice yang boleh menarik perhatian peminat. Game ini membolehkan anda bermain sebagai Sun Wukong, iaitu Mong King yang sangat terkenal dari kisah Journey to the West dan menjadi inspirasi kepada watak anime terkenal Goku dari Dragon Ball. Anda juga boleh merasai sinematik pertempuran melawan musuh hebat yang diilhamkan dari kisah mitos China.
Walaupun video yang dikongsikan ini mempunyai sinematik hebat dan memukau para pemain dengan pemandangan cantik serta pertarungan dahsyat, tetapi ia tidak dapat menyembunyikan kesilapan kecil mereka. Penganalisis industri game, iaitu Daniel Ahmad telah mendedahkan beberapa glitch yang berlaku pada video dikongsikan oleh Game Science melalui Twitter-nya. Terdapat beberapa buah tweet yang dikongsi menunjukkan Sun Wukong mengalami masalah glitch semasa video teaser ujian gameplay dilakukan. Namun, ini tidak menjadi masalah besar kerana game ini masih lagi dalam tahap ujian dan pembangun mempunyai masa untuk memperbaikinya sebelum dilancarkan pada tahun 2023 nanti.
Selain itu, kita dapat melihat bagaimana Sun Wukong melakukan kemampuan kung fu yang cukup kuat, serta mempunyai kebolehan untuk berubah menjadi apa-apa jenis bentuk, termasuk binatang besar dan serangga. Video yang dikongsikan ini telah memberikan sesuatu yang menakjubkan untuk peminat genre Sekiro, kerana ia mempunyai persekitaran yang murung dan rekaan visual mengagumkan.

Buat masa ini, Black Myth: Wukong masih belum mendapat tarikh pelancaran. Black Myth: Wukong mengesahkan bahawa ia akan datang ke PC dan konsol. Oleh kerana ia tidak akan dikeluarkan dalam masa terdekat, ia mungkin dalam pembangunan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X. Walaubagaimanapun, kami akan teruskan mengongsikan mengenai info terbaru permainan ini dalam waktu akan datang.

@gamersantaimy
Discussion about this post