Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ubisoft dilaporkan merancang 4 lagi game Assassin’s Creed selepas Mirage!

safwan by safwan
February 28, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Game Baru, Industri, Khabar angin
0 0
0
Ubisoft dilaporkan merancang 4 lagi game Assassin’s Creed selepas Mirage!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan September tahun lepas, Ubisoft telah mengumumkan yang mereka sedang bangunkan 4 game Assassin’s Creed termasuk Mirage, Codename Red, Codename Hexe dan Codename Jade. Namun, baru-baru ini terdapat laporan yang mengatakan Ubisoft mempunyai rancangan untuk membangunkan lebih banyak game Assassin’s Creed.

Menurut laporan baru dari Insider Gaming, Ubisoft sedang merancang 4 game Assassin’s Creed. Berikut adalah maklumat yang lebih terperinci bagi setiap game:

  1. Project Nebula – Game Assassin’s Creed yang ditempatkan di India, Empayar Astec dan Mediterranean. Idea ini datang daripada pasukan Ubisoft Sofia yang pernah terlibat dalam membangunkan Assassin’s Creed III: Liberation dan Rogue.
  2. Project Raid – Game Assassin’s Creed yang membolehkan anda bermain sehingga 4 orang secara co-op. Game PvE ini datang daripada pasukan Ubisoft Chengdu yang terlibat dalam game Scott Pilgrim vs. The World: The Game.
  3. Project Echoes – Game multiplayer Assassin’s Creed yang akan menggunakan teknologi “Scalar. Idea ini telah diberikan daripada pasukan Ubisoft Annecy yang pernah bekerja dalam segmen multiplayer untuk game Assassin’s Creed sebelum ini.
  4. Nexus 2 – Sebuah sekuel kepada game yang pertama Assassin’s Creed Nexus. Ia merupakan sebuah game VR yang dibina secara eksklusif untuk Oculus.

Memandangkan mereka masih terdapat pelbagai game yang sedang dibangunkan buat masa sekarang, kami tidak rasa yang keempat-empat game ini akan dikeluarkan dalam masa 2 atau 3 tahun lagi.

Selain itu, laporan daripada Insider Gaming memberitahu yang terdapat sumber yang mendedahkan tahun pelancaran bagi setiap game yang diumumkan pada tahun lepas.

Sumber itu mendedahkan yang Assassin’s Creed Mirage akan dikeluarkan pada bulan Ogos 2023 dan diikuti oleh Assassin’s Creed Nexus pada tahun ini juga selepas Mirage dikeluarkan. Manakala Codename Red dijadualkan pada tahun 2024, Assassin’s Creed Invictus pada 2025 dan Assassin’s Creed Hexe pada tahun 2026.

Apapun, berita ini masih dalam kategori khabar angin sehingga diumumkan secara rasmi oleh Ubisoft. Harapnya, Ubisoft dapat mengumumkan rancangan dan tarikh bagi keluaran game-game tersebut dalam masa yang terdekat.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Assassin's Creed
Previous Post

The Outer Worlds: Spacer’s Choice Edition akan tiba 7 Mac untuk PS5, Xbox Series & PC!

Next Post

Jujutsu Kaisen: Cara Prison Realm Berfungsi & Kenapa Gojo Tidak Boleh Lepaskan Diri Sendiri [Spoiler]

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Jujutsu Kaisen: Cara Prison Realm Berfungsi & Kenapa Gojo Tidak Boleh Lepaskan Diri Sendiri [Spoiler]

Jujutsu Kaisen: Cara Prison Realm Berfungsi & Kenapa Gojo Tidak Boleh Lepaskan Diri Sendiri [Spoiler]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd