SEGA telah melancarkan kemas kini baharu kepada Two Point Campus dengan membawakan “Two Point Campus: Spring Update”. Dalam kemas kini terkini, mereka telah membawa peminat pelbagai jenis item baru, pakaian baru dan Challenge mode baharu yang membuatkan ramai pemain mencari telur.

Wiggy Silverbottom dari Two Point County telah menanam koleksi telur Fitzpocket yang tidak ternilai di seluruh Two Point County sebagai sebahagian daripada usaha terbarunya. Dalam Challenge Mode baharu, pemain ditugaskan untuk mengambil bahagian dalam Egg & Silver Spoon Race untuk mencari harta karun berharga Silverbottom yang terkubur yang tersembunyi jauh di bawah tanah.
Pemain kemudian boleh menggunakan telur berwarna-warni untuk menghiasi kampus mereka, atau mereka boleh dijual jika mereka ingin mendapatkan wang tambahan.

Bersama-sama dengan pencarian telur, kemas kini Spring untuk Two Point Campus memperkenalkan kostum baharu, pakaian Bunny Ears yang comel dan barangan bertemakan Spring yang menyeronokkan seperti arnab coklat, anak ayam hiasan dan telur besar yang boleh diletakkan.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa “Two Point Campus: Spring Update” kini tersedia secara percuma di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Manakala untuk versi Nintendo Switch pula akan tersedia pada minggu hadapan. Acara ini akan berlangsung sehingga 21 April 2023.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post