Two Point Campus hadir dengan DLC terbaru iaitu School Spirits, di mana kampus kini dipenuhi roh-roh yang masih lagi ke kelas. Gameplay masih lagi sama tetapi ada beberapa tambahan mekanik untuk pemain alami. Jadi tanpa membuang masa, teruskan membaca review kami untuk DLC terbaru Two Point Campus School Spirits!
Kampus baru
Kampus baru telah diperkenalkan dalam DLC ini. Ianya terletak di Lifeless Estate dan dihantui oleh hantu yang tidak dijemput. Persekitarannya cukup gelap malah lebih gelap jika nak dibandingkan dengan tema sihir yang lalu. Untuk buka kampus ini, anda perlu mendapat 1 bintang dalam 3 level terawal Noblestead. Selain daripada kampus ini, terdapat benda baru yang anda boleh letakkan dalam kampus untuk design dan bonus tambahan.

Course baru
Dalam kampus baru ini, sudah tentu ada beberapa course baru yang boleh pelajar pelajari. Course tersebut ialah Paranormal Detection dan School Spirits. Paranormal Detection melibatkan watak yang hidup manakala School Spirits melibatkan pelajar-pelajar yang sudah mati. Mereka mempunyai kelas tersendiri seperti course lain. Selain daripada itu tiada apa yang berbeza sangat daripada course lain kecuali efek dan animasi baru.

Pelajar dan Staf baru
DLC ini memperkenalkan dua archetype pelajar, pertama ialah pelajar hidup yang menghadiri course Paranormal Detection manakala satu roh terapung yang menghadiri School Spirits. Bagi kami pelajar hantu lebih mudah untuk dijaga sebab kita tidak perlu bimbang mengenai suhu, makanan ataupun minuman.

Staf baru pula mempunyai sifat yang baru. Sebagai contoh, guru-guru mempunyai ciri-ciri baru yang sepadan dengan course baru manakala petugas kebersihan pula berurusan dengan hantu dan bilik berhantu.
Mekanik baru
Terdapat dua mekanik gameplay yang diperkenalkan. Untuk kembangkan kampus, anda perlu menyelesaikan Expulsion Ceremonies, di mana anda akan menghantar pelajar untuk melakukan kerja anda. Ia seperti quest raid boss, di mana sekumpulan pelajar mengalahkan boss hantu yang besar. Kecekapan bergantung pada gred pelajar anda, jadi ini mencerminkan prestasi akademik mereka. Sudah tentu terdapat had masa, dan jika mereka gagal menangkap hantu mengikut jadual, anda perlu mencubanya semula.

Mekanik lain pula ialah Haunted Room, yang akan membuatkan pelajar anda mengalami efek berbeza dan anda perlu menugaskan janitor dengan Ghost Capture untuk menangani masalahnya.

Kesimpulan
Two Point Campus merupakan game management yang baik dan DLC School Spirits memberikan pemain lebih banyak kandungan untuk alami. Dengan tambahan baru yang seronok serta menarik, ia memberikan pengalaman baru kepada pemain. Cuma waktu DLC ini dikeluarkan agak pelik, kerana Halloween lambat lagi. Apa pun, kami masih lagi enjoy dengan kandungannya.

Anda yang ingin mainkan DLC baru ini, ia sudah tersedia di PS5, PS4, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Untuk membaca liputan lain mengenai game ini, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post