Sejak pelancarannya tahun lalu, Two Point Campus kini sudah berusia satu tahun! Sempena dengan itu, semua pengguna Steam boleh mainkan game tersebut secara percuma sepanjang hujung minggu ini! Bukan setakat itu sahaja, terdapat jualan besar-besar untuk Two Point Campus!
Bermula 28 Julai sehingga 1 Ogos, anda boleh main Two Point Campus di Steam secara percuma! Inilah masanya untuk anda berlatih, mengajar pelajar lain mahupun membina robot gergasi tanpa risaukan yuran pengajian anda. Kalau anda sukakannya, bolehlah dapatkannya sekarang kerana ada diskaun sehingga 50% di Steam! Promosi ini akan berlangsung bermula hari ini, 28 Julai sehingga 11 Ogos 2023.
Tidak puas dengan kandungan yang tersedia? Anda boleh dapatkan Brainy Bundle di Steam. Dalam bundle tersebut, terdapat base game dan tiga DLC iaitu:
- Space Academy DLC
- School Spirits DLC
- Soundtrack rasmi
Anda pemain konsol? Jangan risau kerana Two Point Campus juga menyediakan sesuatu untuk anda! Kalau anda pemain Xbox, anda boleh dapatkan promosi 50% bermula hari ini sehingga 8 Ogos. Buat pemain PlayStation pula, anda juga boleh mendapatkan diskaun 50% bermula 1 Ogos sehingga 16 Ogos 2023.
Tetapi ada sedikit berita yang tidak menggembirakan buat pemain Two Point Campus di Game Pass. Game tersebut tidak akan tersedia lagi di PC Game Pass bermula 1 Ogos ini. Walaupun begitu, anda boleh menyimpan save file anda daripada versi Game Pass untuk dibawa masuk ke Steam! Jadi anda tidak perlu untuk mengulangi game daripada awal jika bermain di Steam! Anda boleh ikuti cara-cara untuk memindahkan save file game ke Steam melalui laman web rasmi. Pemain di Nintendo Switch dan PlayStation juga akan mendapat peluang yang sama untuk memindahkan save file pada masa akan datang!
Untuk mendapatkan berita lain mengenai promosi game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post