Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trending – ‘THE FINALS’ Antara FPS Paling Popular Di PC, Padahal Belum Keluar Secara Rasmi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 31, 2023
in Artikel, Berita, Beta, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Trending – ‘THE FINALS’ Antara FPS Paling Popular Di PC, Padahal Belum Keluar Secara Rasmi!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Embark Studios telah melancarkan ‘open beta’ pertama untuk game free-to-play first-person shooter “THE FINALS” sejak 26 Oktober hingga 5 November di PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam. Walaupun tempoh masa ujian agak terhad, THE FINALS terbukti cukup popular dan boleh dianggap sebagai salah satu gergasi akan datang dalam genre “FPS”.

Mengapa ia trending? Sebabnya mudah sahaja – gameplay terlalu menyeronokkan.

THE FINALS mengisahkan tentang orang yang bertanding dalam rancangan tempur maya yang disiarkan di televisyen. Ini dicerminkan oleh orang-orang holografik yang dilihat semasa perlawanan, serta ulasan oleh pelbagai hos.

Saya tidak dapat menjelaskan begitu banyak tentang mode lain tetapi dalam mode standard (dirujuk sebagai “Cashout”), pemain akan menyertai pasukan yang terdiri dariapda dua pemain lain. Setiap pasukan perlu bersaing untuk menyelesaikan objektif, yang terdiri daripada membuka peti besi dan mengangkutnya ke lokasi “cash-out”. Pemenang akhir ialah pasukan yang telah mengumpul wang paling banyak; ditentukan oleh nilai wang dan metrik lain seperti “point, elimination, assist, death, revive, dan objective”.

Kredit: Embark Studios

Pemain dapat memilih watak mereka berdasarkan kelas “Light”, “Medium”, “Heavy”, yang dicerminkan oleh model watak berlainan. Senjata, abiliti dan ciri tertentu turut khusus kepada setiap kelas dan setiap satu mempunyai kelajuan pergerakan berbeza. Namun, tidak semua senjata dan peralatan dikhaskan untuk satu kelas, jadi masih ada sifat kebebasan daripada segi customization.

Bagi majoriti pemain, apa yang paling menarik perhatian mereka kepada game adalah variabel yang menggalakkan perubahan gameplay. Ini termasuk rupa bumi yang boleh diubah suai oleh pemain, keadaan cuaca yang berbeza, dan komposisi pasukan.

Kredit: Embark Studios

Sebagai contoh, arena tersebut mengandungi barang-barang yang digantung pada tali, serta barang-barang di atas tanah yang boleh diambil dan dilempar oleh pemain, seperti tong dan pasu. Sebahagian daripadanya adalah bahan letupan, yang bermakna ia akan meletup apabila terkenal impak. Jika dilakukan dengan tepat, keseluruhan bangunan boleh dimusnahkan jika anda meletupkan sokongannya.

Biasanya, aspek pemusnahan pada skala sebesar ini amat mustahil dalam kebanyakan game multiplayer kerana server tidak mampu menanggung aksi dan maklumat yang dipaparkan. Entah bagaimana, Embark Studios nampaknya mempunyai teknologi server yang canggih untuk membuatkan perkara yang mustahil menjadi realiti.

Kredit: Embark Studios

Matlamat Open Beta adalah untuk melaksanakan penambahbaikan dan perubahan yang dibuat daripada ujian terdahulu pada PC, menguji tekanan server dan infrastruktur secara berskala, memastikan pasukan mampu membaiki dan mengemas kini game dengan cepat merentas platform dan mendapatkan maklum balas tentang pengalaman konsol dan gamepad.

Tidak semuanya berjalan lancar pada awal OPen Beta. Ramai pemain mengadu tentang prestasi yang lemah dan frame rate rendah yang menimbulkan isu besar semasa bermain. Ada juga yang tidak suka penggunaan lakonan suara AI untuk hos dan watak lain.

Kredit: Embark Studios

Walaupun begitu, THE FINALS terbukti cukup popular dan tersenarai di tempat ke-4 dalam Steam Charts, sebagai salah satu game yang paling kerap dimainkan, dengan maksimum 264,874 pemain pada satu masa. Kini, jumlah purata adalah sekitar 125,679 dan itu pun masih mengagumkan memandangkan ia dapat bersaing dengan FPS besar lain di pasaran.


Jika berminat, anda boleh mencuba Open Beta THE FINALS sekarang dengan mengikut serta playtest di PC menerusi halaman Steam, serta di konsol pilihan.

Tags: PCTHE FINALS
ShareTweetSend
Previous Post

Event Anime, Cosplay & Game yang Akan Berlangsung Sepanjang November 2023 di Malaysia!

Next Post

Monsta Con 2023: Jadual Lengkap Siri BoBoiBoy & Mechamato!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Monsta Con 2023: Jadual Lengkap Siri BoBoiBoy & Mechamato!

Monsta Con 2023: Jadual Lengkap Siri BoBoiBoy & Mechamato!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd