Trailer rasmi pelancaran RAD telahpun diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment America. Game ini bakal diterbitkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Steam dan Nintendo Switch:
RAD adalah sebuah game aksi 3D yang dibangunkan oleh DOUBLE FINE PRODUCTIONS dimana dalam game ini, dunia telah pun mengalami kehancuran sebanyak 2 kali.
Sebagai watak utama, pemain harus mengembara di Fallow – sebuah tanah rosak yang dipenuhi misteri dan didiami makhluk yang tidak dapat digambarkan. Pemain harus mencari penyelesaian untuk mengubah tanah rosak menjadi sebuah tempat yang boleh menampung kehidupan. Tetapi, rupa bentuk pemain akan berubah akibat terdedah terlalu lama kepada persekitaran radioaktif dan penuh toksik ini.
Antara ciri menarik game ini adalah:
Penjelajahan Fallow – sebuah kawasan yang dijanakan secara prosedur
Mutasi itu pasti – pencemaran radioaktif akan mengubah watak anda dan akan membawakan kebolehan baru, dan memaksa pemain mengubah cara permainan
Cabaran harian – bertempur dengan pemain lain untuk menentukan siapa BAD dan siapa RAD
Game ini akan berada di pasaran pada 20 Ogos ini. Untuk membuat pra-tempahan dan mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh ke laman rasmi game ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post