Hellblade: Senua’s Sacrifice telah pun tiba untuk Nintendo Switch 11 April yang lalu. Sempena dengan itu, pihak Ninja Theory telah menerbitkan sebuah trailer pelancaran untuk permainan ini:
Game ini telebih dahulu telah diterbitkan untuk PS4 dan Xbox One pada 2017 dan 2018 dan setahun kemudian, muncul pula untuk Nintendo Switch. Sememangnya perlu dimiliki oleh pengguna Switch, game ini bertemakan mitos tamadun Norse dan juga budaya Celtic. Selain itu ianya juga merupakan port-in ke Switch yang sempurna, langsung tidak dirasakan seperti game ini telah di downgrade untuk dimuatkan ke Switch.
Pada 2017, permainan ini telah memenangi banyak award untuk platform PC dan PS4. Ninja Theory juga adalah studio yang sama yang telah membawakan Heavenly Sword dan juga Enslaved: Odyssey to the West, dan DmC (reboot tahun 2013).
Saiznya adalah sekitar 18.2GB, jadi semestinya anda memerlukan kapasiti yang lebih di Switch anda.
Ia juga satu mesej kepada banyak pembangun game diluar sana yang berfikiran Nintendo Switch tidak berupaya untuk menjalankan game mereka.
Sumber: nintendoeverything.com
@gamersantaimy
Discussion about this post