Tower of Fantasy baru-baru ini ditangkap oleh netizen di China, kerana cuba meningkatkan skor sendiri dengan mencuri review/ulasan positif daripada pesaing rapat, Genshin Impact.
Satu ahli Reddit telah memuat naik screenshot yang menunjukkan review terkini di game Tower of Fantasy (ToF) tetapi malangnya, ia telah dipadam. Dengan jelas, ia menunjukkan seseorang telah menggunakan bot untuk mencuri review positif daripada Genshin Impact, dengan mengedit setiap nama Genshin Impact lalu menggantikannya kepada Tower of Fantasy. Memandangkan Tower of Fantasy hanya dikeluarkan di China buat masa ini, bahasa yang digunakan sudah tentu adalah bahasa cina termasuk nama yang ditandakan dengan “,.”.

Menurut ahli Reddit tersebut, review ini sudah pun dipadam. Developer Tower of Fantasy pula tidak memberi sebarang penjelasan mengenai isu itu di halaman Weibo mereka.
Sekilas pandang pun anda tahu review ini bukan untuk ToF, kerana salah satu review ini merayu kepada game untuk menambah mod PvP. Apa yang pelik adalah Tower of Fantasy mempunyai mod PvP khusus, manakala Genshin Impact tiada.
“Saya harap ada mod PVP [untuk Tower of Fantasy], Lebih banyak raksasa dan lebih banyak peralatan”, ulasan itu kata.

Keadaan bertambah teruk apabila satu lagi review menjelaskan mereka berjaya mendapatkan Yoimiya secara tidak sengaja yang terang menyala adalah watak Genshin Impact.
“Asalnya, saya tidak bercadang untuk dapatkan Yoimiya dalam [Tower of Fantasy]”, ulasan itu berbunyi.

Sejak kebelakangan ini, Tower of Fantasy telah memperoleh reputasi negatif sebagai game mobile yang suka meniru game hasil ciptaan miHoYo. Sebelum isu di atas terjadi, ToF dilanda dalam masalah besar apabila pasukan developer ditangkap menggunakan aset daripada Honkai Impact 3rd dalam PV, satu lagi game popular oleh miHoYo.
Sumber – Gamer Braves

@gamersantaimy
Discussion about this post