Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Touhou RPG “Marisa of Liartop Mountain” Akan Tiba 19 September!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 15, 2025
in Adventure, Artikel, Berita, Nintendo Switch, RPG
0 0
0
Touhou RPG “Marisa of Liartop Mountain” Akan Tiba 19 September!
Share on FacebookShare on Twitter

Alliance Arts, dengan kerjasama penerbit Clouded Leopard Entertainment Inc., bersedia untuk melancarkan Marisa of Liartop Mountain, sebuah adventure RPG yang berasal dari alam semesta Touhou Project!

Akan dilancarkan pada 19 September 2025 di Nintendo Switch, game yang terinspirasi daripada permainan meja digital ini memadukan naratif berpandu pilihan, mekanik lemparan dadu, dan suasana meriah Gensokyo ke dalam pengalaman yang menawan untuk para pemain.

Marisa of Liartop Mountain meletakkan pemain sebagai Reimu Hakurei, shrine maiden yang disayangi, dalam misi untuk menyelamatkan rakannya, Marisa Kirisame.

Pengembaraan bermula apabila Marisa hilang selepas menemui sebuah kitab besar, diikuti dengan kemunculan tiba-tiba sebuah gunung pelik di Gensokyo pada keesokan harinya. Reimu ditarik ke dalam dunia buku ajaib yang penuh dengan rahsia, penipuan, dan fantasi—daripada perpustakaan yang eksentrik hingga gurun tandus dan sarkas.

Kredit: Clouded Leopard Entertainment Inc.

Diilhamkan oleh buku permainan klasik, cerita ini menawarkan kebebasan kepada pemain untuk membentuk perjalanan mereka melalui pilihan.

Laluan Reimu dipandu oleh lemparan dadu dan pengaruh empat heroine Scarlet Devil Mansion—Remilia Scarlet, Flandre Scarlet, Sakuya Izayoi, dan Patchouli Knowledge—yang memberikan nasihat atau ulasan pada setiap situasi. Merentasi lima bab, game ini menyampaikan naratif bercabang di mana keputusan mengukir kisah yang unik.

Kredit: Clouded Leopard Entertainment Inc.

Ciri-ciri gameplay termasuk:

  • Naratif Berpandu Pilihan: Setiap keputusan membentuk cerita, perkembangan watak, dan arah permainan, memastikan tiada playthrough yang sama. Sistem “An-other Adventure” mengutamakan replayability, berbeza daripada roguelike tradisional atau game berbilang pengakhiran lain.
  • Mekanik Lemparan Dadu: Pertempuran dan penerokaan bergantung pada dadu maya, menggabungkan nasib dengan strategi. Pemain boleh membuka dadu khusus watak dengan efek unik, menambah lapisan baharu dalam pertarungan dengan raksasa atau cabaran.
  • Gabungan Permainan Meja-CRPG: Game ini menangkap sentuhan permainan meja analog sambil memasukkan ciri digital pantas seperti message skipping, animasi yang lebih lancar, dan checkpoint untuk pengalaman yang lebih selesa.
  • Semangat Touhou: Penuh dengan watak-watak yang dikenali dengan tradisi Touhou, game ini menawarkan reka bentuk dunia dan perkembangan watak yang menarik dalam bentuk pesona Gensokyo.
Kredit: Clouded Leopard Entertainment Inc.

Bersempena pelancaran standard, Clouded Leopard Entertainment memperkenalkan dua edisi premium untuk pengumpul dan peminat tegar:

  • Grimoire Magus Box (Edisi Terhad Pakej): Set ini merangkumi kotak bergambar, Gensokyo Grimoire Illustration Board yang mempamerkan dunia dan cerita permainan, CD runut bunyi original, set acrylic stand dan pelekat yang menampilkan watak Scarlet Devil Mansion (Remilia, Flandre, Sakuya, dan Patchouli), serta Digital Artworks & Sound Player dengan lebih 50 lagu daripada base game dan DLC, dipadankan dengan karya seni digital. Ia juga disertakan dengan pelekat bonus cetakan pertama yang menampilkan Reimu dan Marisa.
  • Digital Deluxe Edition: Versi ini menggabungkan DLC RD-Sounds Another BGM Pack, membolehkan pemain menukar muzik latar dalam game kepada lagu ikonik RD-Sounds, serta Digital Artworks & Sound Player untuk pengalaman yang kaya.
Kredit: Clouded Leopard Entertainment Inc.
Kredit: Clouded Leopard Entertainment Inc.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Marisa of Liartop MountainTouhou Project
ShareTweetSend
Previous Post

Chasing Kaleidorider – Sebuah Mobile Romance RPG Dengan Waifu Rempit!

Next Post

Pengalaman Ajaib Kami Di Cardcaptor Sakura Exhibition – The Enchanted Museum!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Pengalaman Ajaib Kami Di Cardcaptor Sakura Exhibition – The Enchanted Museum!

Pengalaman Ajaib Kami Di Cardcaptor Sakura Exhibition – The Enchanted Museum!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd