Pokemon Journeys: The Series kini ditayangkan di seluruh dunia untuk peminat yang mempunyai langganan di Netflix tetapi bagi mereka yang tidak berpeluang, episod pertama anime boleh ditonton sepenuhnya secara percuma di YouTube! Akaun YouTube rasmi Pokemon telah memuat naik episod debut Pokemon Journeys dan ia percuma untuk ditonton tanpa sebarang langganan Netflix. Cuma ada satu syarat sahaja, anda perlu memakai VPN dan mencari sambungan Amerika Syarikat kerana ia tidak disediakan di Malaysia. Episod pertama ini adalah edisi dub inggeris, di mana saya sediakan link di bawah:
Episod pertama siri ini sebenarnya macam “reboot” kerana memperkenalkan peminat ke asal-usul siri Pokemon pertama. Bukan itu sahaja, kita juga dapat melihat kehidupan Pikachu di alam liar sebagai Pichu sebelum pengembaraannya bersama Ash Ketchum. Sinopsis episod pertama digambarkan seperti, “Dalam sebuah hutan di Kanto, ada seekor Pichu yang sunyi. Pichu ini – yang sangat muda – telah mengalami pertemuan dan perpisahan. Ini berlaku sebelum Ash dan pasangannya Pikachu memulakan perjalanan bersama. Ini adalah permulaan anime ‘Pocket Monster.’ ”
Pelakon suara Pokemon Journeys: The Series terdiri daripada beberapa suara ikonik daripada siri anime sebelum dan beberapa suara baru seperti:
- Sarah Natochenny – Ash Ketchum
- Zeno Robinson – Goh
- James Carter Cathcart – James/Meowth/Professor Oak
- Michele Knotz – Jessie
- Cherami Leigh – Chloe
- Ray Chase – Profesor Cerise
- Casey Mongillo – Ren
- Tara Jayne Sands – Chrysa
- Rodger Parsons – Pencerita
Teruja untuk tonton episod pertama Pokemon Journeys di YouTube? Apa pendapat korang dengan konsep “origin story” ini? Jom kongsikan pendapat di ruang komen.
@gamersantaimy
Discussion about this post