Ubisoft nampaknya memberi berita baik kepada kesemua peminat mereka kerana kini mereka mempunyai diskaun yang hebat sehingga 90% yang termasuk di Ubistore sendiri untuk muat turun di PC, PlayStation 4 dan Xbox One untuk konsol dan juga di Nintendo eShop!
Ya kami tidak tipu, anda kini boleh mendapatkan Tom Clancy’s The Division 2 hanya RM10.00 sahaja! Mesti menariklah kalau anda beli siri The Division ini sekarang kerana akan datang akan ada ekspensi besar untuk permainan ini seperti yang telah diumumkan oleh Ubisoft!
Selain itu terdapat pelbagai pek Far Cry Ultimate yang mempunyai diskaun sehingga 70% untuk PC dan 50% untuk konsol! Antaranya seperti Far Cry New Dawn Ultimate Bundle kini hanya RM125.70 dari hari asal adalah RM419.00!
Juga antara dibarisan konsol dan PC yang mempunyai diskaun hebat adalah:
- Assassins Creed Syndicate
- Tom Clancy’s Ghost Recon
- Rainbow 6
- Steep
Dan banyak lagi!
Bukan setakat konsol, untuk Nintendo Switch pun Ubisoft buat diskaun sehingga 80%! Antara dalam barisan permainan yang mempunyai diskaun di platform Switch adalah:
- Just Dance 2019 & 2020
- Assassins Creed 3 Remastered
- Trials Rising
- South Park: The Fractured But Whole
Dan banyak lagi!
Jadi apa lagi yang anda nantikan?! Ini lah masanya untuk anda serang Ubistore, PlayStation Store, Microsoft Store dan juga Nintendo eShop!
@gamersantaimy
Discussion about this post