Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tom Clancy’s Rainbow Six Mobile diumumkan untuk Android & iOS, info lanjut bersama Lead Game Designer

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 5, 2022 - Updated on April 6, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Shooter, Temuramah
0 0
0
Tom Clancy’s Rainbow Six Mobile diumumkan untuk Android & iOS, info lanjut bersama Lead Game Designer
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Ubisoft mengumumkan Tom Clancy’s Rainbow Six Mobile , game mobile FPS free-to-play pertama daripada francais popular Rainbow Six, untuk peranti iOS dan Android di App Store dan Google Play.

Dipimpin oleh pasukan baru di Ubisoft Montreal, Rainbow Six Mobile menawarkan pengalaman Tom Clancy’s Rainbow Six Siege, di mana gameplay taktikal bertemu aksi pantas. Pemain akan berdepan dalam perlawanan 5v5 Player-vs-Player (PvP) dalam mode: Attack vs. Defense. ‘Attacker’ akan menggunakan dron untuk mendapatkan intel dan mara melalui dinding, lantai dan siling yang boleh dimusnahkan secara strategik, manakala ‘defender’ akan menghalang semua pintu masuk dan menggunakan kamera pengintip atau perangkap untuk melindungi lokasi mereka.

Dengan menggabungkan strategi dengan kerja berpasukan, pemain akan mengalami keseronokan pertarungan jarak dekat sambil silih berganti antara menyerang dan bertahan untuk memenangi semuanya.

Pemain akan mengumpulkan pasukan “customizable” dengan operator terlatih dari universe Rainbow Six, masing-masing dilengkapi dengan set kemahiran, senjata dan gajet sendiri. Game ini juga akan memperkenalkan semula peta ikonik dari Rainbow Six Siege, termasuk Bank dan Border, serta menampilkan mode PvP seperti Secure Area dan Bomb. Dengan hanya satu nyawa, pemain perlu cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan menguasai lokasi untuk mengukuhkan pertahanan dan menceroboh kawasan musuh demi membawa pasukan mencapai kemenangan.

Dengan kesempatan ini, kami berjaya mendapatkan temubual bersama Lead Game Designer Olivier Albarracin dan bertanya beberapa soalan lanjut tentang adaptasi Rainbow Six di mobile.

Olivier Albarracin

Menurut Albarracin, “mereka tidak boleh mendedahkan berapa ramai watak yang dipilih untuk memenuhi roster awal R6 Mobile tetapi jumlahnya memang banyak. Operator pun dipilih berdasarkan data dan maklum balas dari komuniti, jadi harapkan ramai watak kegemaran korang pada roster utama. Apabila fasa alpha semakin dekat, mereka akan berkongsi lebih banyak maklumat pada masa yang sesuai.”

“Rainbow Six Mobile telah dibangunkan dan dioptimumkan untuk platform mobile, dengan mode eksklusif dan tetapan yang diubah suai khusus untuk memenuhi keselesaan pemain supaya mereka dapat bermain di mana sahaja.”

Mode Secure dan Bomb asalnya datang daripada R6 Siege tetapi Ubisoft telah membuat beberapa pengubahsuaian supaya ia lebih sesuai kepada pengalaman mobile. Ia adalah sistem yang sama, seperti yang korang bermain di Siege tetapi mempunyai tempoh masa yang lebih pendek bagi setiap sesi yang kini diubah ke “Best-of-3” berbanding “Best-of-5”.

Gameplay adalah sama, tetapi lebih laju… seperti masuk ke dalam bangunan dengan lebih pantas dan lain-lain. Dengan melakukan itu, kita mengimbangi mode permainan agar lebih mudah faham.

Selain itu, Ubisoft juga telah menambah beberapa ciri inovatif seperti ‘double-tap’ untuk melee attack, dan ‘lean slide’ di mana kita tekan satu butang dan menghala watak ke sesuatu arah supaya watak bersandar pada cara tertentu. R6 Mobile juga mempunyai sistem automatik seperti auto-sprint dan sprint lock, ADS (aim down sight) apabila menekan butang menembak dan sebagainya untuk menjadikan pengalaman lebih mudah dan lancar.

Rainbow Six Siege adalah game yang rumit, jadi kami benar-benar mahu mengajar banyak perkara kepada pemain semasa bermula game.

Mereka tidak menyebut apa-apa tentang bila ujian alpha akan bermula tetapi pemain kini boleh mendaftar untuk mendapatkan peluang menyertai ujian akan datang di rainbow6 mobile.com.

Tags: AndroidiOSMobileTom Clancy’s Rainbow Six Mobileubisoft
Previous Post

Antara sebab protagonis anime tidak tinggal bersama keluarga mereka!

Next Post

Game baru TOMB RAIDER akan dibangunkan pada Unreal Engine 5!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Game baru TOMB RAIDER akan dibangunkan pada Unreal Engine 5!

Game baru TOMB RAIDER akan dibangunkan pada Unreal Engine 5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd