TOHO Games mengumumkan tiga game mobile Godzilla baru untuk Android dan iOS!

TOHO Games telah memperkenalkan tiga game mobile Godzilla percuma yang bakal dilancarkan di seluruh dunia pada tahun 2021. Tema ketiga-tiga game ini mengisahkan Kaiju dan Godzilla serta diinspirasikan oleh Godzilla Universe dari HBO MAX. Disebabkan ia game mobile, ketiga-tiga game baru ini tersedia untuk Android dan iOS.

Mesti korang nak tahu lebih tentang ketiga-tiga game ini kan? Ia adalah Run Godzilla, Godzilla Destruction dan Godzilla Battle Line! Yang pertama dalam senarai itu sudah rasmi dikeluarkan untuk seluruh dunia hari ini, manakala yang lain hanya tersedia untuk pra-pendaftaran buat masa ini.

Walaupun namanya Run Godzilla, ia bukanlah game seperti Temple Run atau Subway Surfer. Pemain harus membela dan memberi makan kepada Godzilla sehingga ia menjadi lebih kuat. Setelah mereka cukup kuat untuk berlawan musuh, sudah tiba masanya untuk Godzilla kita meninggalkan keselesaan rumah dan memulakan perjalanan. Walaupun ia sudah pergi, permainan membolehkan kita memeriksa keadaan Godzilla. Sentiasa ingat untuk membesarkan Godzilla dengan baik supaya mereka dapat mewariskan abiliti kepada generasi akan datang.

Game seterusnya, Godzilla Destruction, adalah permainan yang mudah di mana anda dapat mengawal badan gergasi Godzilla dan menghancurkan bandar ketika berkeliaran di seluruh dunia. Kawalannya cukup senang dan jika anda suka memusnahkan barang, maka ini game yang patut anda cuba.

Akhir sekali ialah Godzilla Battle Line yang benar-benar mengambil ilham dari keseluruhan siri kerana merangkumi semua watak, senjata dan adegan. Mari menakluk dunia dengan memasuki pertarungan yang hanya berlangsung selama 3 minit. Bekerjasama dengan pemain lain di seluruh dunia dan bertarung dengan mereka bersama menentang raksasa lain secara masa nyata.

Run Godzilla kini boleh didapati di Google Play Store dan iOS App Store serta merupakan game percuma dengan pembelian dalam aplikasi. Untuk membuat pra-pendaftaran bagi Godzilla Destruction dan Godzilla Battle Line, sila ikuti akaun Twitter masing-masing untuk peluang mendapatkan kandungan eksklusif. Untuk segala liputan kami tentang francais Godzilla, sila tekan pautan ini.

Run Godzilla
Release Date: 2021-03-26
Android, iOS
Pemain harus membela dan memberi makan kepada Godzilla sehingga ia menjadi lebih kuat. Setelah mereka cukup kuat untuk berlawan musuh, sudah tiba masanya untuk Godzilla kita meninggalkan keselesaan rumah dan memulakan perjalanan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.