Debut Stellar Blade sebagai game AAA pertama daripada SHIFT UP telah membawa banyak keterujaan, termasuk daripada gamer baru yang mungkin tidak biasa dengan kerja mereka atau ingin mencuba game aksi besar seterusnya dengan tumpuan kepada protagonis waifu yang “badass”.
Keunikan game ini juga adalah pada gabungan gameplay antara aksi watak dan soulslike, yang pastinya memerlukan pemahaman lanjut untuk menguasai dengan cepat termasuk pelbagai persiapan lain yang tidak kurang pentingnya bagi memastikan pengalaman gaming yang lebih memuaskan.
Atas sebab ini, dalam artikel berikut kami telah mengumpulkan beberapa petua “beginner” yang saya harap dapat membantu anda semasa bermain Stellar Blade, terutamanya pada bahagian awal game yang akhirnya boleh memberikan pengalaman bermanfaat bergantung pada sejauh mana anda bersedia.
Setting Yang Perlu Diubah

Terdapat banyak setting yang boleh menjadikan pengalaman gameplay berasa lebih baik daripada hanya memakai “default setting” yang dimaksudkan oleh game. Satu setting tertentu yang anda patut hidupkan ialah “Auto-Loot Items”.
Biasanya anda akan mengutip item secara manual dengan menekan R2 yang agak menjengkelkan, tetapi dengan Auto-Loot anda tidak perlu menekan butang itu berulang kali lagi yang juga mempercepatkan pacing semasa melakukan penerokaan.
Berikut ialah senarai semua setting berguna yang perlu anda ubah sebelum bermain:
- Hidupkan Auto Loot Items daripada Settings > Gameplay.
- Memandangkan getaran boleh mengganggu, anda juga boleh melaraskan intensiti di Settings > Vibration.
- Game ini memang mempunyai beberapa QTE, tetapi oleh kerana masanya terlalu panjang dan hanya akan mengalih perhatian daripada pengalaman, kami mengesyorkan hanya menghidupkan QTE Auto Success di Settings > Accessibility.
- Anda tidak boleh mematikan HUD sepenuhnya, tetapi pengalaman itu terasa lebih baik dengan menetapkan Show HUD kepada Dynamic di Settings > Interface.
- Jika anda rasa rambut panjang EVE terlalu mengganggu, terdapat juga pilihan untuk melaraskan Ponytail Length kepada Short di Settings > Gameplay.
- Game ini menyediakan tiga Graphics Mode berbeza di Settings > Display, dan walaupun kesemuanya berfungsi dengan baik, Balanced adalah yang terbaik jika anda ingin mengekalkan gameplay yang lancar bersama grafik kualiti yang baik.
Cabaran Yang Seimbang

Agak mengejutkan tetapi gameplay dan pertarungan Stellar Blade secara amnya direka supaya lebih mirip dengan game “soulslike” berbanding aksi watak. Walaupun ia mungkin menimbulkan kebimbangan daripada pemain yang tidak begitu mahir dalam game aksi dengan tahap kesukaran yang tinggi, Stellar Blade sebenarnya sangat pemaaf.
Sebagai contoh, anda boleh bermain game dalam Story Mode yang menjadikan pertarungan lebih mudah, malah pilihan untuk bermain dalam Normal Mode yang merupakan kesukaran tertinggi untuk playthrough pertama masih sangat mudah untuk diakses, terutamanya jika anda memakai “exospine” dan gear yang sesuai dengan gaya permainan anda.
Beberapa contoh lain ialah kebolehan untuk melakukan Perfect Dodge & Parry, yang boleh menguatkan lagi serangan jarak jauh anda, yang boleh meningkatkan kesan untuk “consumable”, dan sebagainya.
Tetapi jika anda ingin cabaran, terdapat pilihan untuk menanggalkan kostum supaya EVE hanya boleh memakai Skin Suit yang merendahkan pertahanannya dengan drastik kerana tiada perisai untuk mengurangkan damage yang dilakukan oleh musuh.
Jangan Gopoh, Lawan Dengan Tenang

Pertempuran Stellar Blade boleh menjadi agak perlahan dan teknikal, contohnya anda memerlukan masa untuk pulih selepas melakukan aksi tertentu atau serangan kombo yang menyebabkan EVE terdedah.
Inilah sebabnya mengapa anda perlu mengambil bertarung dengan tenang sambil mengira bila musuh akan menyerang atau bila anda boleh melakukan kombo penuh dengan selamat.
Bukannya anda boleh bermain dengan lebih agresif, tetapi ia tidak selalunya akan memihak kepada anda terutamanya pada awal game di mana anda tidak dapat memulihkan banyak tenaga Beta dan kurang keupayaan untuk “stagger” musuh secara konsisten.
Bagaimana Untuk Menghadapi Pertarungan

Soal pertempuran, cara-cara untuk menghadapi pertarungan sangat penting. Ini kerana beberapa pertarungan mungkin lebih sukar, walaupun berhadapan dengan satu musuh.
Game ini memberikan banyak pilihan untuk menggunakan persekitaran anda, seperti mengumpan sekumpulan musuh ke tong letupan berdekatan. Tetapi bagaimana jika anda terpaksa berhadapan dengan kumpulan musuh tanpa mempunyai kelebihan itu?
Di sini, anda sentiasa boleh mengumpan untuk melawan satu demi satu untuk mengumpul lebih banyak tenaga Beta dan memanfaatkan skill dengan jarak serangan yang luas seperti Slash.
Melakukan Perfect Parry juga boleh membuatkan musuh berhenti seketika dan menghentikan serangan mereka yang tidak henti-henti, jadi anda sentiasa boleh memanfaatkan masa ini untuk menyerang habis-habisan.
Begitu juga apabila melakukan Perfect Dodge, di mana anda boleh teruskan serangan balas pantas dengan menekan [segitiga] atau berundur ke belakang kerana musuh mungkin masih melakukan kombo yang tidak boleh diganggu dengan begitu mudah.
Skill Terbaik Untuk Buka Awal

Anda boleh unlock banyak skill lebih awal, tetapi memilih yang mana satu amat penting kerana secara naluri, ramai pemain mungkin hanya menumpukan pada membuka skill Beta yang terbaharu.
Walaupun skill tersebut sangat penting seperti Shockwave yang memberikan akses awal kepada serangan jarak jauh, ia lebih penting untuk memberi tumpuan kepada “skill tree Survival” terlebih dahulu.
Dua daripada skill kami yang paling disyorkan untuk unlock secepat mungkin ialah Focus Boost yang memudahkan anda melakukan Perfect Parry dan Reflex Boost yang mempunyai kesan yang sama tetapi untuk Perfect Dodge. Ini menjadikan urusan bertarung musuh lebih mudah, terutamanya apabila anda masih cuba membiasakan diri dengan “parry” dan “dodge”.
Berikut ialah senarai beberapa skill yang anda perlu untuk buka awal terlebih dahulu:
- Focus Boost – Memudahkan penggunaan Perfect Parry.
- Reflex Boost – Memudahkan penggunaan Perfect Dodge.
- Double Dodge – Membolehkan satu lagi Dodge semasa mengelak.
- Buka semua skill Beta – Slash, Shock Wave, Triplet, Shield Breaker
- Beta Energy Recharge untuk setiap skill Beta
Kepentingan Meneroka Dunia

Walaupun game ini mempunyai struktur yang lebih linear pada permulaan, terdapat beberapa perkara yang anda boleh terlepas dengan mudah, lagi-lagi kerana game ini memberi petunjuk dan penanda tentang misi seterusnya yang mungkin menyebabkan ramai pemain hanya fokus kepada misi dan tidak meneroka dunia itu sendiri.
Penerokaan yang menyeluruh boleh memberi akses kepada lebih banyak bahan yang rare yang digunakan untuk upgrade EVE atau peralatan baharu. Tetapi kadangkala anda perlu menyelesaikan beberapa teka-teki atau cabaran untuk meneruskan penerokaan, di mana sesetengah mungkin agak sukar untuk diselesaikan.
Semua ini akan berubah apabila anda sampai ke Xion, di mana game akan bertukar menjadi pengalaman semi-open world di mana anda boleh menemui lebih banyak barang di setiap sudut.
Walaupun hanya mengumpul “Can” yang kelihatan remeh, ia sebenarnya sangat penting, kerana anda boleh membuka beberapa kelebihan penting seperti jumlah potion dan consumable lain yang boleh dibawa setiap kali rehat.
Manfaatkan Equipment Terbaik

Terdapat tiga slot peralatan utama untuk EVE iaitu Exospine, Gear dan Exterior. Khususnya untuk Exospine, ia adalah modul utama yang menentukan gaya pertempuran di mana anda boleh terus menguatkannya untuk membuka lebih banyak kelebihan.
Anda tidak akan mendapat banyak peralatan khusus pada fasa awal, tetapi memilih kombinasi yang betul amat penting apabila anda maju di dalam game. Gear juga mempunyai kegunaan yang sama, tetapi setiap bahagian sudah mempunyai efek bonus tetap dan tidak boleh dinaik taraf.
Namun, anda boleh melengkapkan beberapa pada masa yang sama. Manakala Exterior hanya kepada kosmetik seperti pakaian dan aksesori.
Mode Training

Hal terbaik tentang sistem Skill Tree dalam game ini ialah anda juga boleh mendapatkan akses kepada Training Mode untuk mencuba beberapa skill baharu. Mode ini amat berguna apabila anda cuba memahami pertempuran lebih awal atau ingin melakukan aksi tertentu dengan lebih baik.
Contohnya, gerakan licik untuk mengelak serangan musuh atau menangkisnya boleh mengambil sedikit masa untuk mahir, jadi ia sentiasa bagus untuk menggunakan ciri tersebut.
Anda juga boleh mengubah suai beberapa setting agar sesuai dengan senario tertentu, contohnya musuh yang anda ingin lawan dan corak serangan mereka. Namun, anda hanya boleh mengakses Training Mode dan membuka skill baharu semasa berehat di Camp.
Jangan Lupa Singgah di Supply Camp

Selain Camp biasa yang sering ditemui dalam level, kadangkala terdapat juga Supply Camp yang memberi akses kepada fasiliti Repair Console di mana anda boleh melakukan beberapa upgrade lanjut pada EVE, kembangkan soket Gear, atau juga menguatkan Exospine dan perkara lain.
Anda akhirnya akan mendapat banyak bahan yang diperlukan untuk melakukan beberapa peningkatan tersebut, jadi pastikan anda singgah ke Supply Camp dari semasa ke semasa, terutamanya sebelum meneruskan ke kawasan yang lebih berbahaya atau bos yang lebih sukar.
Stellar Blade akan dikeluarkan untuk PlayStation 5 pada 26 April manakal versi Demo tersedia sekarang untuk semua cuba.
Baca ulasan penuh kami tentang game ini di SINI atau lihat temu ramah eksklusif kami bersama pengarah di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post