Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tiket MECHAMATO MOVIE Kini Tersedia di GSC, TGV dan MBO! Jom Tengok Ramai-ramai!

Maira by Maira
November 24, 2022
in Animasi, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Tiket MECHAMATO MOVIE Kini Tersedia di GSC, TGV dan MBO! Jom Tengok Ramai-ramai!
Share on FacebookShare on Twitter

Mesti ramai yang sudah tidak sabar untuk menonton Mechamato Movie Disember nanti betul tidak? Berita baiknya tiket untuk animasi Mechamato Movie sudah mula dijual hari ini!

Melalui Twitter rasmi Mechamato, nampaknya beberapa pawagam di Malaysia seperti GSC Cinemas, TGV Cinemas dan MBO Cinemas telah membuka pembelian awal untuk tiket Mechamato Movie itu. Jadi kepada anda yang memang menantikannya, boleh cepat-cepat belinya sekarang. Buat masa ini mungkin anda melawat halaman GSC Cinemas, hanya Melaka sahaja yang tersedia, tetapi boleh sentiasa lihat kemas kininya nanti. Sudah tentu akan ada tambahan cawangan pawagam yang tersedia.

https://twitter.com/mechamato/status/1595598198999220224?s=20&t=HEO1VzXXBRgfEMIGIY6__A

Kalau anda ingin tahu, ini merupakan filem pertama untuk siri Mechamato yang telah ditayangkan di pelbagai platform penstriman dan saluran TV. Malah ia juga merupakan filem ketiga yang dihasilkan oleh Animonsta selepas keluaran filem BoBoiBoy The Movie dan BoBoiBoy Movie 2.

Dalam filem terbaru ini, kita akan melihat bagaimana Amato dan Mechabot berusaha menentang Jeneral Grakakus yang datang membuat huru-hara di Bandar Hilir semata-mata untuk mendapatkan Mechabot. Amato juga dilihat berlatih silat dalam filem ini. Tidak dilupakan juga dengan Maskmana yang telah muncul dalam siri BoBoiBoy! Kalau nak tahu apa yang terjadi nanti, kenalah tontonnya di pawagam nanti.

Mechamato Movie akan ditayangkan pada 8 Disember ini di pawagam Malaysia! Anda bolehlah ajak kawan-kawan yang lain untuk sokong filem animasi tempatan ini! Kalau yang belum menonton sirinya, boleh pergi ke Youtube rasmi untuk menontonnya secara percuma! Episod baru akan dikeluarkan pada setiap minggu!

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai animasi daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: GSC CinemasMechamatoMechamato Movie
Previous Post

Interview Crisis Core: Final Fantasy 7 Reunion – Sebuah Remaster atau Remake? Dijawab oleh Tetsuya Nomura & Mariko Sato!

Next Post

God of War Ragnarok pecah rekod! Game launch paling terlaris dalam sejarah PlayStation!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
God of War Ragnarok pecah rekod! Game launch paling terlaris dalam sejarah PlayStation!

God of War Ragnarok pecah rekod! Game launch paling terlaris dalam sejarah PlayStation!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd