Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tiket Fan Screening ‘Ultraman Blazar The Movie’ Kini Dijual – Tayangan Pada 15 Jun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 5, 2024
in Artikel, Berita, Filem, Tokusatsu
0 0
0
Tiket Fan Screening ‘Ultraman Blazar The Movie’ Kini Dijual – Tayangan Pada 15 Jun!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita gembira untuk peminat Ultra di Malaysia kerana hari ini TGV Cinemas mengumumkan bahawa filem Ultraman Blazar The Movie: Tokyo Kaiju Showdown akan mengadakan fan screening istimewa pada 15 Jun!

Tiket untuk fan screening Ultraman Blazar The Movie kini dijual pada harga RM55 untuk penonton biasa (RM50 untuk ahli Movieclub), dan seperti saya kata tadi, filem ini akan ditayangkan pada hari Sabtu, 15 Jun 2024, 3PM, hanya di TGV Sunway Pyramid!

Kredit: TGV

Bukan itu sahaja, mereka yang membeli tiket fan screening akan menerima pelbagai goodies istimewa dan peluang untuk berjumpa Kapten Gento secara berdepan. Berikut adalah bonusnya:

  • Peluang berjumpa Captain Gento lakonan Tomoya Warabino
  • Kemeja T eksklusif Ultraman Blazar The Movie
  • Poster rasmi (saiz A3)
  • Metal Box rasmi (diimport dari Jepun)
Kredit: Tsuburaya Productions

Bagi mereka yang kurang tahu, Ultraman Blazar The Movie: Tokyo Kaiju Showdown ialah filem tokusatsu Jepun yang berlangsung selepas Ultraman Blazar. Dibintangi oleh Tomoya Warabino, Himena Tsukimiya, Konomi Naito, Hayate Kajihara, Yuki Ito, Kisuke Iida, Shinya Okamoto, Haru Iwakawa, Ritsuto Morishima, dan banyak lagi, filem ini sudah pun ditayangkan di Jepun.

Sinopsis

Segerombolan kaiju muncul dari zon perindustrian, yang memaksa Special Kaiju Reaction Detachment (SKaRD) diketuai oleh Captain Gento untuk terlibat dalam pertarungan tanpa henti. Namun di sebalik usaha mereka, serangan kaiju yang tidak berkesudahan berterusan.

Mengesyaki kes ini mempunyai kaitan bersama Necromass Co., sebuah syarikat kimia termaju yang menyelidik bangkai kaiju dan memiliki kilang di zon perindustrian, SKaRD bergegas ke CEO syarikat dan ahli kimia terkenal, Dr. Mabuse.

Di fasiliti penyelidikan Necromass Co., Dr. Mabuse menerangkan perkembangan damudoxin, bahan yang dapat mencapai hidup abadi. Sementara itu, “Damunos,” yang mendakwa diri sebagai “raja alam semesta” muncul! Kekacauan berlaku apabila damudoxin bocor dari tangki yang musnah, memakan sampel bangkai kaiju dan melahirkan Kaiju gergasi, Gongilgan.

Terletak di Tokyo, ibu negara Jepun, Ultraman Blazar dan SKaRD bertembung dalam pertarungan menentang kaiju gergasi!

Tags: filemUltramanUltraman Blazar The Movie
ShareTweetSend
Previous Post

Manga My Hero Academia Kini Di Fasa ‘Epilog’, Kisah Akan Tamat Dalam Beberapa Bab Lagi

Next Post

Destiny 2: The Final Shape Lancar Hari Ini, Pengakhiran Kepada ‘Light & Darkness Saga!’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Destiny 2: The Final Shape Lancar Hari Ini, Pengakhiran Kepada ‘Light & Darkness Saga!’

Destiny 2: The Final Shape Lancar Hari Ini, Pengakhiran Kepada 'Light & Darkness Saga!'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd