Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tides of Annihilation – Sebuah “Action-Adventure” Di Mana Kita Berlawan Kesateria Gergasi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 13, 2025
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Tides of Annihilation – Sebuah “Action-Adventure” Di Mana Kita Berlawan Kesateria Gergasi
Share on FacebookShare on Twitter

Studio game dari China, Eclipse Glow Games, telah mengumumkan Tides of Annihilation, sebuah game aksi-pengembaraan fantasi yang diilhamkan oleh legenda Arthurian. Game ini bakal hadir di PlayStation 5, Xbox Series, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store.

Walaupun tarikh pelancaran masih belum didedahkan, pemain boleh menjangkakan pengalaman bermain melebihi 30 jam dalam dunia yang luas ini.

Dalam Tides of Annihilation, kota London tiba-tiba diserang oleh makhluk dari dunia luar. Dalam kekacauan itu, satu-satunya mangsa yang terselamat, Gwendolyn, mendapati dirinya memiliki kuasa misteri yang membolehkannya mengawal para tokoh dan kesateria legenda daripada mitos “Knights of the Round Table”.

Dipacu oleh dendam serta tekad untuk menyelamatkan adiknya, Gwendolyn memulakan perjalanan berbahaya untuk mengalahkan dewa dari dunia luar dan mengembalikan keseimbangan antara dua dunia yang berbeza.

Kredit: Eclipse Glow Games

Pemain akan mengawal Gwendolyn dalam pengembaraannya merentasi dua dunia yang saling berkait—London moden yang telah diubah menjadi medan perang yang suram serta Avalon, dunia fantasi yang dipenuhi unsur legenda Arthurian, sihir kuno, dan makhluk mitos.

Sepanjang perjalanan, pemain perlu mencari pecahan “Grail Shard”, membongkar rahsia tersembunyi, serta menyelesaikan misteri di sebalik pencerobohan ini, sambil bertempur dengan gerombolan musuh bersama para kesateria spektral.

Kredit: Eclipse Glow Games

Salah satu ciri paling unik dalam game ini ialah sistem pertarungan Dual-Knight. Gwendolyn memiliki kuasa kabus kelabu misteri yang membolehkannya memanggil dua kesatria spektral secara serentak, masing-masing dengan peranan tersendiri.

Dengan lebih daripada 10 kesateria spektral yang boleh dikawal serta pelbagai gaya pertarungan yang boleh disesuaikan, pemain akan berdepan pertempuran epik yang menggabungkan aksi pantas dengan strategi.

Kredit: Eclipse Glow Games

Selain itu, pemain juga akan menemui kesateria-kesateria raksasa yang berkeliaran di Greater London. Mereka bukan sekadar latar visual yang mengagumkan tetapi juga cabaran interaktif yang boleh diteroka, didaki, dan akhirnya dilawan.

Bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut, rakaman gameplay yang lebih panjang akan didedahkan pada masa terdekat.

Tags: Tides of Annihilation
ShareTweetSend
Previous Post

Directive 8020: A Dark Pictures Game Dedah Gameplay Horror Sci-Fi Baharu, Akan Tiba Oktober 2025!

Next Post

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Perlumbaan Serba Baharu Penuh Customization & Huru Hara!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Perlumbaan Serba Baharu Penuh Customization & Huru Hara!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Perlumbaan Serba Baharu Penuh Customization & Huru Hara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd