Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[THGS 2022] Pengalaman di booth Bandai Namco, jumpa gunpla saiz manusia!

Alan Fikri by Alan Fikri
October 22, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Game
0 0
0
[THGS 2022] Pengalaman di booth Bandai Namco, jumpa gunpla saiz manusia!
Share on FacebookShare on Twitter

Acara tahunan Thailand Game Show 2022 kini kembali dengan lebih meriah dan dilakukan secara fizikal. Kami berpeluang untuk pergi ke booth Bandai Namco dan melihat apa yang mereka sediakan untuk acara kali ini.

Apa yang kami dapat lihat, booth Bandai Namco merupakan antara booth terbesar yang terdapat di Thailand Game Show 2022 ini. Anda dapat lihat sekumpulan orang ramai berkumpul untuk mencuba game yang tersedia di sini.

Game yang sediakan adalah:

  • One Piece Odyssey
  • Doraemon Story of Seasons: Friends of the Great Kingdom
  • Ace Angler: Fishing Spirit
  • SD Gundam Battle Alliance
  • Pac-Man World Re-PAC
  • Taiko no Tatsujin: Rhythm Festival

Walaupun kami telah mencuba beberapa game yang berada disenarai tersebut sebelum ini, pengalaman yang rasai amat berbeza apabila dapat bermain di kawasan yang sesak di sini. Tempoh masa yang diberikan untuk mencuba demo game oleh pihak Bandai Namco adalah 10 – 20 minit bergantung kepada jenis game.

Apa yang menarik perhatian saya ialah di bahagian demo untuk game Dragon Ball: The Breaker di mana mereka bermain game tersebut dengan bilangan seramai 8 pemain di tempat dan pada masa yang sama. Ia mengingatkan saya seperti bermain Counter Strike di cyber cafe pada zaman dahulu.

Walaupun dengan bilangan pengunjung yang ramai, barisan untuk menunggu giliran kepada mereka yang ingin mencuba game yang tersedia agak lancar dan bergerak dengan laju. Ini kerana pihak Bandai telah menyediakan beberapa konsol serentak untuk setiap game.

Selain dapat mencuba game, anda juga boleh membeli-belah pelbagai mainan dan barangan daripada Bandai seperti figura dan gunpla. Malang sekali untuk peminat Gundam kerana produk yang disediakan adalah produk lama, jadi tiada gunpla Gundam Aerial dijual di sini.

Apa yang unik di booth Bandai Namco ini adalah di setiap booth mereka menampil hiasan mengikut tema game yang tersedia. Contohnya seperti One Piece Odyssey yang dikelilingi batu dan pokok dan terdapat juga patung Gundam Aerial bersaiz besar di kawasan SD Gundam.


Itu sahaja pengalaman yang dapat saya kongsikan kepada anda semasa saya di booth Bandai Namco ini. Ia merupakan pengalaman yang seronok buat saya sebagai seorang peminat besar jenama ini. Itu tahu pelbagai liputan tentang game, anime dan banyak lagi, sila ikuti Gamer Santai.

Tags: Bandai NamcoGameTHGS 2022
Previous Post

Bertemu Sonic Gergasi! — Pengalaman Santai di Booth SEGA Semasa Thailand Game Show 2022! [THGS 22]

Next Post

Preview One Piece Odyssey – Info lanjut jalan cerita, penerokaan & eksplorasi [THGS 22]

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Preview One Piece Odyssey – Info lanjut jalan cerita, penerokaan & eksplorasi [THGS 22]

Preview One Piece Odyssey - Info lanjut jalan cerita, penerokaan & eksplorasi [THGS 22]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd