Memandangkan permintaan yang terlalu tinggi untuk platform digital seperti Disney+ dan Netflix, Universal Pictures Home Entertainment telah mengesahkan yang filem The Super Mario Bros Movie boleh di pre-order bermula 16 Mei 2023 di Prime Video.
Filem tersebut boleh di pre-order dengan harga $29.99 (anggaran RM 134.91) dan anda boleh menonton filem tersebut pada bila-bila masa sahaja. Saya tidak menafikan yang harganya agak mahal tetapi anda boleh menyimpan filem tersebut sampai bila-bila.
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/05/Super-Mario-Movie-3.jpg)
Setelah sebulan filem ini ditayangkan di seluruh dunia, filem The Super Mario Bros Movie ini telah memecahkan rekod di mana ia dapat mengutip sehingga lebih $ 1 billion secara keseluruhan. Dengan kutipan yang sangat tinggi, filem ini juga telah menjadi filem animasi yang terbaik selepas berlakunya pandemik Covid-19.
“Dengan bantuan daripada Princess Peach, Mario bersiap sedia untuk menentang Bowser yang paling berkuasa untuk menghentikan rancangan jahatnya daripada menakluki dunia.”
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/05/Super-Mario-Movie-4.jpg)
Filem ini telah menampilkan pelakon suara yang hebat-hebat seperti Chris Pratt (Mario), Anya Taylor-Joy (Princess Peach), Charlie Day (Luigi), Jack Black (Bowser), Keegan-Michael Key (Toad), Seth Rogen (Donkey Kong), Fred Armisen (Cranky Kong) dan ramai lagi.
Untuk membawa filem ini berjaya, Nintendo telah bekerjasama dengan Illumination bagi mencipta filem The Super Mario Bros. Movie ini. Illumination adalah satu syarikat animasi yang sangat terkenal dengan ciptaan animasi mereka seperti Minions, Despicable Me dan macam-macam lagi.
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/05/Super-Mario-Movie-1.jpg)
Saya ingin mengingatkan anda bahawa The Super Mario Bros Movie kini telah pun tersedia di Prime Video yang berharga $29.99 (anggaran RM 134.91). Saya tidak pasti sama ada ia tersedia untuk Malaysia ataupun tidak.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post