Hari ini, Netmarble telah mendedahkan maklumat lanjut tentang game The Seven Deadly Sins: Origin, yang mempamerkan aksi penerokaan dan pertempuran tambahan serta jalan cerita. Sempena itu, anda boleh melihat trailer di bawah untuk mendapat gambaran umum:
Dibina memakai Unreal Engine 5, Seven Deadly Sins: Origin’ ialah judul aksi RPG gacha open-world berdasarkan manga/anime Jepun popular ‘Seven Deadly Sins’ dan merupakan sekuel kepada RPG mobile ‘Seven Deadly Sins: GRAND CROSS. Kali ini, game akan menceritakan tentang multiverse baru di mana Meliodas dan anaknya, Tristan muncul sebagai protagonis.
Terletak di dunia luas Britannia, pemain dapat meneroka pelbagai lokasi ikonik sambil mengumpul hero daripada siri The Seven Deadly Sins dan Four Knights of the Apocalypse (sekuelnya) untuk membentuk pasukan pilihan sendiri. Disebabkan ini game gacha, gameplay agak mirip dengan Genshin Impact buatan HoYoverse dengan sistem pertarungan berasaskan elemen pasukan dan mekanik penerokaan yang merangkumi penerbangan, berenang dan penyelesaian teka-teki.
Yang menjadi persoalannya adalah mengapa kita boleh bermain sebagai Tristan dan Meliodas yang masih muda? Rupanya kisah begini:
Selepas perang besar antara wira Seven Deadly Sins dan Demon King, keamanan akhirnya kembali di Britannia. Beberapa tahun sudah berlalu, Tristan (anak kepada Meliodas), kini berusia 13 tahun dan meneroka Lake Fennes bersama rakannya, Tioreh lalu menemui artifak purba di sana.
Tanpa sangka, artifak itu menghasilkan letupan besar yang menyebabkan Britannia bercampur dengan masa lalu dan masa depan. Disebabkan oleh masa dan ruang yang bercampur aduk, seorang watak yang tidak dikenali tiba-tiba wujud di dunia mereka. Malah, raksasa pun muncul, yang melemparkan Britannia ke dalam huru-hara lebih besar.
Walau bagaimanapun, bukan itu sahaja yang datang dari masa lalu. Wira yang pernah menjadi legenda turut muncul untuk menyelamatkan Britannia daripada bahaya. Untuk membetulkan dunia dan membawa keamanan kepada Britannia, Tristan memulakan pengembaraan baru.
Buat masa ini, tarikh keluaran tepat tidak diberitahu tetapi ia sah akan dikeluarkan di konsol, PC dan mobile.
Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post