Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Rising Shield Hero Season 4 Diumumkan! Visual Teaser Pertama Didedahkan!

Maira by Maira
January 23, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
The Rising Shield Hero Season 4 Diumumkan! Visual Teaser Pertama Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas diacah selepas penamat musim ketiga, The Rising of the Shield Hero telah pun mengesahkan penghasilan musim 4 dengan visual teaser baharu. Memandangkan maklumat ini baharu lagi, jadi tiada tarikh tayangan yang didedahkan mengenai musim baharu ini. Jadi kita nantikan maklumat baharu mengenainya pada masa akan datang.

Melalui teaser baharu The Rising of the Shield Hero Season 4, kita dapat melihat sebuah kawasan tandus yang dilandang ribut petir. Terdapat juga seekor naga yang terbang pada visual tersebut.

©AnekoYusagi_Seira Minami/KADOKAWA/Shield Hero S4 Project

Tentang The Rising of the Shield Hero

Untuk anda yang tidak pernah mendengar mengenai siri ini, ia merupakan siri isekai yang dihasilkan Yusagi Aneko pada tahun 2012 melalui laman web Shousetsuka ni Narou. Siri ini akhirnya dihasilkan sebagai novel ringan dengan artis, Minami Seira, yang menyediakan ilustrasi novel dan diterbitkan oleh Kadokawa. Sehingga sekarang sudah 22 jilid buku telah diterbitkan.

Siri ini juga telah mendapat adaptasi manga oleh A.Kyu pada 2014. Bukan setakat itu sahaja, ia turut mendapat beberapa spin-off, stage play, game dan banyak lagi. Pada tahun 2019, siri ini akhirnya mendapat adaptasi anime yang dihasilkan oleh Kinema Citrus.

Pada tahun 2014, The Rising of the Shield Hero mendapat adaptasi manga dan akhirnya mendapat adaptasi anime pada 2019 yang dihasilkan oleh studio Kinema Citrus, diikuti dengan musim 2 pada 2021 dan musim 3 pada 2023.

©AnekoYusagi_Seira Minami/KADOKAWA/Shield Hero Project

Berikut adalah sinopsis untuk The Rising of the Shield Hero:

Empat Wira Kardinal ialah sekumpulan lelaki biasa dari zaman Jepun moden, dipanggil ke kerajaan Melromarc untuk menjadi penyelamatnya. Melromarc adalah sebuah negara yang dilanda Gelombang Bencana yang telah berulang kali memusnahkan tanah dan membawa bencana kepada rakyatnya selama berabad-abad. Empat pahlawan masing-masing dianugerahkan pedang, lembing, busur, dan perisai untuk mengalahkan Ombak ini. Naofumi Iwatani, seorang otaku, menjadi disumpah dengan nasib menjadi “Wira Perisai.” Berbekalkan perisai sahaja, Naofumi diremehkan dan diejek oleh rakan-rakan pahlawannya dan rakyat kerajaan kerana keupayaan serangannya yang lemah dan personaliti yang tidak bersemangat.

Untuk mendapatkan berita terkini mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: The Rising of the Shield HeroThe Rising of the Shield Hero S4
ShareTweetSend
Previous Post

CEO Pembangun Palworld Bersuara Mengenai Tuduhan Plagiat dan Ancaman Terhadap Artis!

Next Post

Filem The Marvels Bakal Hadir ke Disney+ Pada 7 Februari Ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Filem The Marvels Bakal Hadir ke Disney+ Pada 7 Februari Ini!

Filem The Marvels Bakal Hadir ke Disney+ Pada 7 Februari Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd