Kita akan kehilangan satu lagi anime pada tahun 2020 kerana musim kedua The Promised Neverland akan ditangguhkan. Studio Cloverworks mengesahkan berita ini di Twitter setelah kakitangannya mencapai persetujuan untuk melindungi diri daripada wabak yang sedang berlaku. Musim kedua The Promised Neverland sepatutnya keluar pada penghujung tahun ini tetapi kini ditunda pada awal tahun depan.
【TVアニメ「約束のネバーランド」放送延期のお知らせ】
新型コロナウイルス感染拡大の影響を受け、第1期再放送・第2期放送を延期させていただくことになりました。
第1期は【2020年10月】から再放送、第2期は【2021年1月】からの放送を予定しております。https://t.co/r4rSgJtlHN pic.twitter.com/tdbN6v0V4F— 『約束のネバーランド』公式 (@yakuneba_staff) April 23, 2020
Bagi mereka yang tidak tahu, Cloverworks merancang untuk mengeluarkan musim baru The Promised Neverland pada Oktober 2020, tetapi rancangan itu telah berubah kerana pandemik yang sedang berlangsung. Jepun telah mengambil langkah-langkah yang ketat untuk membendung penyebaran COVID-19, dan itu bermakna banyak anime tidak lagi dalam produksi buat masa ini. Sebaliknya, studio akan mempersiapkan peminat untuk musim kedua dengan mengadakan ulang tayang musim pertama di televisyen bagi penonton di Jepun. Malangnya, ini pun dipindahkan daripada Julai 2020 kepada Oktober 2020.
Mengenai versi manganya, isu terbaru Weekly Shonen Jump tidak diterbitkan pada minggu lalu, tetapi dijangka akan kembali tidak lama lagi. The Promised Neverland semakin menghampiri penamatnya. Pada tahun 2018, The Promised Neverland memasuki story arc terakhirnya, dan pencipta Kaiu Shirai dan Posuka Demizu mengesahkan siri ini akan mencapai penamatnya. Sekarang, kita hanya perlu menunggu.
Jika anda ingin tahu anime apa yang ditangguhkan tahun ini, mari lawat senarai ini. Ia akan sentiasa dikemas kini dengan laporan baru!
@gamersantaimy
Discussion about this post