Free Ragne Games dan North Beach Games mendedahkan game baharu mereka iaitu The Lord of the Rings: Return to Moria semasa Epic Games Summer Showcase. Ia merupakan game survival crafting eksklusif di PC melalui Epic Games Store pada suku pertama 2023.
The Lord of the Rings: Return to Moria akan berlaku pada Fourth Age of Middle-earth dalam dunia fantasi yang dicipta oleh J.R.R Tolkien. Matlamat game ini adalah mengawal sekumpulan Dwarves yang ditugaskan untuk menuntut semula harta rampasan yang hilang dari Dwarven homeland of Moria. Harta tersebut dikenali sebagai Khazad-dûm atau Dwarrowdelf.
Untuk mencari harta tersebut, pemain perlu bergabung tenaga untuk terus hidup, membina, mencipta dan meneroka lombong sehingga jauh ke dalam Mines of Moria. Game ini menawarkan pengalaman yang pelbagai kerana setiap pengembaraan tidak akan sama dengan pengembaraan pemain lain. Pemain boleh mengembara secara solo atau bersama kawan.
Sudah pasti game ini akan membenarkan pemain melombong bagi mendapatkan sumber yang lebih banyak dan menghasilkan peralatan. Tetapi, pemain perlu berhati-hati semasa melombong kerana bunyi yang dihasilkan akan mengancam makhluk yang berada di bawah.
Berikut adalah ciri-ciri penting The Lord of the Rings: Return to Moria:
- Persahabatan
- Alami persahabatan bersama Dwarves yang tidak pernah ada sebelum ini.
- Bertahan semasa gelap
- Pemain mesti berjimat, memburu dan mengumpulkan makanan. Pengurusan tidur, suhu dan bunyi turut dijaga. Gunakan sistem cahaya dinamik untuk keselamatan dan melancarkannya pada jalan yang jauh dan gelap.
- Bangunan pangkalan
- Cari lokasi baharu dan bina bangunan secara besar-besaran.
- Bina dan bentuk semula Moria
- Memulihkan kerajaan purba Khazad-dûm yang telah lama hilang kepada zaman kegemilangannya. Bina semula pusat operasi Dwarven dan menghidupkan kembali lombong untuk mendapatkan sumber yang tidak pernah sentuh.
- Terokai kedalaman Mines of Moria
- Persekitaran yang direka secara rawak dan penuh dengan misteri dan bahaya.
- Co-op Multiplayer
- Mengembara secara solo atau berkumpulan bersama rakan sehingga 8 orang pemain.
- Mencipta peralatan, senjata dan banyak lagi
- Mencipta perisai, peralatan, senjata dan struktur legenda. Upgrade dan buka teknologi dan mesin hebat.
- Temui artifak magic
- Temui barang ancient magic termasuk pedang, peta urat Mithril, buku dan amulets yang memberikan kekuatan dan kebijaksanaan.
- Bijih dan permata lombong
- Gali lombong baharu untuk mendapatkan sumber berharga seperti besi, emas dan quartz serta Mithril. Pergi ke pusat crafting untuk menukar bijih kepada jongkong supaya kelengkapan boleh di-upgrade.
- Pembina kerdil komprehensif
- Pemain boleh mencipta watak Dwarf dalam penciptaan watak. Pemain boleh mencari dan membuat perisai dan senjata untuk meningkatkan lagi gaya unik mereka.
Saya ingin mengingatkan korang yang game ini masih belum dilancarkan dan telah dijadualkan akan keluar pada suku pertama 2023. Game ini adalah eksklusif untuk PC melalui Epic Game Store. Korang boleh pergi laman web rasmi mereka untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Jadi, macam mana, adakah korang akan masukkan The Lord of the Rings: Return to Moria dalam senarai wishlist? Kongsikan pendapat di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan macam-macam lagi dari kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post