The Last of Us 2 atau Last of Us Part 2 merupakan sambungan kepada game Ekslusif PlayStation 4 The Last of Us. Ianya merupakan game action-adventure/ survival horror game yang dibangun kan oleh Naughty Dog. Ianya merupakan sekuel kepada The Last of Us.
Aku da kumpulkan sedikit sebanyak tentang pelancaran The Last of Us 2 ni, dari spekulasi peminat, dan juga pengumuman rasmi di PSX 2016 sehingga sekarang.
The Last of Us 2: The Basic
- Tarikh pelancaran: N/A
- Platform(s): PlayStation 4
- Developer: Naughty Dog
- Publisher: Sony Interactive Entertainment (SIE)
- Genre: Action-Adventure/Survival Horror
Khabar Angin The Last Of Us 2
Masa tahun 2014, Co-Director The Last of Us, Neil Druckmann ada cakap kepada Eurogamer yang mereka sedang memerah idea untuk sekuel The Last of Us, tapi, belum pasti lagi.
Khabar angin tentang The Last of Us 2 menjadi hangat semasa Jun 2015 selepas pelakon Nolan North memberikan hint tentang kewujudannya dalam Q&A panel di Florida Anime convention Metrocon. Pada masa yang sama, Troy Baker (yang menyuarakan Joel), mengatakan yang dia mengabaikan The Last of Us 2 di IndyCon. Mana satu ni?
Trailer Baru untuk The Last of Us 2
So, korang rasa, bila nak keluar game ni? Ada tak sesiapa yang menunggu game ni, dan apa expectation korang?
@gamersantaimy
Discussion about this post