Semasa panel Marvel Studios pada hari Sabtu lalu, presiden Marvel Studios Kevin Feige telah memperkenalkan barisan pelakon filem Fantastic Four akan datang, serta mendedahkan tajuk rasmi filem tersebut sebagai ‘The Fantastic Four: First Steps‘.
Pengarah Matt Shakman berada di pentas bersama Pedro Pascal (Reed Richards/Mister Fantastic), Vanessa Kirby (Sue Storm/The Invisible Woman), Ebon Moss-Bachrach (Ben Grimm/The Thing), dan Joseph Quinn (Johnny Storm/The Human Torch) untuk berkongsi butiran lanjut.
Pertama sekali, ini adalah reboot kepada francais Fantastic Four, dan tidak akan memaparkan origin story (bagaimana mereka mendapat kuasa dan sebagainy). Cuma, apa yang unik adalah kumpulan Fantastic Four ini nampaknya berasal di alam dimensi lain. Marvel Studios telah menjelaskan premis unik filem ini, yang dikatakan akan berlangsung di New York City versi futuristik pada tahun 1960-an.
Sebagai teaser, Marvel Studios turut mendedahkan ‘Fantasticar’ sebenar (pengangkutan ikonik Fantastic Four) di hadapan orang ramai. Shakman menjelaskan bahawa dia adalah peminat lama kepada komik Fantastic Four, dan tidak sabar apabila peminat melihat New York versi retrofuturistik di dalam filem.
The Fantasticar takes flight in Hall H#FantasticFour#SDCC pic.twitter.com/bmYMhQQi07
— Marvel Studios (@MarvelStudios) July 28, 2024
“Lebih daripada sekadar estetika visual, tahun 60-an bagi saya adalah tentang keyakinan,” kata Shakman. “Ini tentang melihat bintang dan bermimpi tentang perjalanan ke angkasa lepas. Bagaimana dengan hati yang betul dan fikiran yang betul, anda boleh melakukan apa sahaja – itulah yang dimaksudkan dengan Fantastic Four.”
Penggambaran akan bermula secara rasmi pada minggu ini di London, tetapi Pascal mendedahkan bahawa dia dan rakan-rakannya telah berlatih bersama selama berminggu-minggu, dan sudah berasa seperti “keluarga.”
Selain barisan watak utama, pelakon lain yang juga disahkan termasuk Ralph Inseson sebagai penjahat legenda Galactus, dan Julia Garner sebagai Shalla-Bal, versi alternatif Silver Surfer.
Sebagai berita terakhir, Marvel Studios mengesahkan bahawa geng Fantastic Four akan muncul dalam kedua-dua filem Avengers akan datang – Avengers: Doomsday (sebelum ini bertajuk The Kang Dynasty) yang akan dikeluarkan pada Mei 2026 dan Avengers: Secret Wars pada Mei 2027.
Menurut laporan yang diberi, The Fantastic Four: First Steps dijangka akan ditayangkan di pawagam pada 25 Julai 2025, jika tiada masalah berlaku.
@gamersantaimy
Discussion about this post