The Dark Pictures: House of Ashes mengeluarkan trailer teaser baru! Info gameplay akan datang!

Francais The Dark Pictures sudah mengeluarkan dua permainan seram berfokus pada pilihan, di mana Man of Medan menugaskan pemain untuk menjelajah sebuah kapal hantu berhantu manakala Little Hope membiarkan pemain terkandas di sebuah kota yang dilanda oleh “witches“. The Dark Pictures: House of Ashes adalah entri seterusnya dalam siri dan dijadualkan akan keluar pada akhir tahun ini.

Awal hari ini, Bandai Namco telah mendedahkan teaser baru, yang memberi gambaran lebih mendalam tentang watak antagonis dan memberi info lanjut tentang latar belakang keseluruhan. Teaser di atas juga mendedahkan bahawa House of Ashes akan mengeluarkan gameplay penuh pada 27 Mei.

Kembali pada topik asal, teaser ini kebanyakannya memfokuskan pada suasana labirin bawah tanah dalam House of Ashes, dan menunjukkan para tentera diburu oleh antagonis permainan. Teaser ini juga menunjukkan sudut pandangan makhluk tersebut, yang tampaknya menggunakan abiliti “echolocation” untuk menavigasi dalam terowong bagi menangkap mangsanya.

Berikut adalah rumusan dari laman web rasmi:

“Permainan akan berlangsung semasa Perang Iraq pada tahun 2003. Ia akan mengikuti operatif CIA bernama Rachel King, yang bekerjasama dengan sekumpulan tentera elit untuk menyerang sebuah fasiliti senjata kimia bawah tanah rahsia.

Pasukan ini diserang hendap, dan konflik yang terhasil membuka sejumlah lubang di gurun yang menjatuhkan mereka ke dalam sebuah kuil Sumeria yang terkubur.

Seperti yang dijangkakan, mereka tidak akan sendirian di dunia baru ini. Beberapa “makhluk kuno ghaib” telah bangkit, dan akan memburu pemain ketika mereka mencari jalan untuk melarikan diri.”

The Dark Pictures: House of Ashes bakal dilancarkan pada tahun 2021 untuk PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series X. Tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan

Sumber – Supermassive Games

The Dark Pictures: House of Ashes
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
"Permainan akan berlangsung semasa Perang Iraq pada tahun 2003. Ia akan mengikuti operatif CIA bernama Rachel King, yang bekerjasama dengan sekumpulan tentera elit untuk menyerang sebuah fasiliti senjata kimia bawah tanah rahsia. Pasukan ini diserang hendap, dan konflik yang terhasil membuka sejumlah lubang di gurun yang menjatuhkan mereka ke dalam sebuah kuil Sumeria yang terkubur. Seperti yang dijangkakan, mereka tidak akan sendirian di dunia baru ini. Beberapa “makhluk kuno ghaib” telah bangkit, dan akan memburu pemain ketika mereka mencari jalan untuk melarikan diri."
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.