The Culling yang dikeluarkan pada tahun 2016 dengan developer Xaviant Games yang mendapat review yang ok macam game tu smooth dan tak banyak issue selain nampak macam Far Cry 3 dalam PUBG. Tapi sayangnya fanbase game tu mati selepas kelahiran PUBG yang akan menjadi perhatian gamers sedunia dengan pengenalan Battle royale yang sebenar.
The Culling yang cuba mendapat peminat dengan melalui The Culling 2 yang mendapat respon yang amat negative, tak ada orang suka sequel tu dan semua tak suka dari segi gameplay, microtransaction, menggunakan formula PUBG dan buang originality dari The Culling pertama yang orang suka. Dan sekarang mereka kembali dan kali ni Xaviant dengan peminat mereka.
The Culling Origin yang menjadi PERCUMA di Steam untuk orang ramai main Battle Royale yang tengah jadi perbualan orang dan cuba kembali dalam dunia Battle Royale dan ramai bagi respon yang baik! The Culling kembali seperti mana diorang menjadi game yang orang mahu main dan rasa fresh dari segi, gameplay, environment, world design dan character building untuk character korang bulid.
*Bawah ni ada Trailer untuk The Culling Origin*
Bagi aku, aku memang suka The Culling yang pertama sebab aku peminat Far Cry 3 so aku definitely boleh rasa “Feel” game tu, Aku tak tahu apa yang jadi kat The Culling 2 tu, tapi The Culling Origin ni bagi aku memang bagus gila dan weapons yang meluas dengan makin ramai player kembali masuk untuk try main game ni balik macam tahun 2016.
@gamersantaimy
Discussion about this post