The Covenant merupakan sebuah filem action thriller baharu yang diarah dan ditulis oleh Guy Ritchie. Ia juga sudah tersedia di pawagam untuk tontonan ramai. Nak tahu best atau tidak filem ini, teruskan membaca!
Plot
The Covenant membawa anda ikuti kisah watak utama, John Kinley yang merupakan sarjan kepada tentera US dan Ahmeh, seorang jurubahasa Afghanistan. Filem bermula dengan John Kinley dan krewnya dalam sebuah misi untuk memeriksa kenderaan tetapi sesuatu telah meletup dan membunuh jurubahasa mereka dan salah seorang ahli krewnya. Jadi mereka perlu mencari jurubahasa baru dan akhirnya bertemu dengan Ahmed.
Permulaan filem agak ringkas, tiada banyak filler di antaranya, jadi kami tidak terasa bosan menontonnya. Tetapi setelah bertemu dengan Ahmed, Babak pertama menjadi sedikit perlahan bagi kami dan apabila ia menghampiri penamat, rentak filem kembali laju kerana combat yang ditayangkan. Walaupun begitu, ia tidak nampak pelik dan dipersembahkan dengan baik.
Peralihan antara First Act ke Second Act dilakukan dengan bagus. John Kinley dan krewnya telah menjumpai kilang IED (Improvised Explosive Device) milik Taliban dan mereka mula menyerang tempat tersebut. Nampaknya Taliban lebih ke hadapan, lalu membunuh kesemua krew tentera itu kecuali Kinley dan Ahmed. Sekarang mereka perlu pulang ke pangkalan yang berada 100 km jauhnya daripada mereka. Kami suka apabila The Covenant memberikan rentak sedikit demi sedikit untuk meningkatkan ketegangan aksi.
Pelbagai benda yang berlaku sepanjang filem ini dan ia juga penuh dengan aksi tembak-menembak. Plotnya juga sangat mudah untuk dihadam walaupun boleh diagak penamatnya. Walaupun begitu, ia masih seronok untuk ditonton.
Watak-watak
Memandangkan banyak watak telah dibunuh pada babak pertama, jadi tumpuan filem ini sememangnya pada John Kinley dan Ahmed. Kami kagum dengan lakonan Dar Salim sebagai Ahmed. Wataknya rumit, bijak, sentiasa mmeperdayakan Taliban, hebat bersembunyi malah seorang watak yang cool. Dia juga mempunyai sisi yang baik apabila bersama keluarganya.
Bagi Jake Gyllenhaal yang memegang watak sebagai John Kinley, pada mulanya dia kelihatan seperti watak yang tiada emosi sehinggalah dia diselamatkan oleh Ahmed dan kembali ke AS. Kita melihat dia secara perlahan-lahan kecewa dengan pegawai atasan sehingga dia mengamuk, seolah-olah dia sangat kecewa. Boleh tahan juga lihat watak ini berkembang.
Kesimpulan
The Covenant sememangnya sebuah filem yang bagus dan menyajikan sesuatu yang berbeza. Mungkin ada beberapa perkara mengenai tentera AS yang dipuji dan dikritik dalam filem ini.
Filem ini menunjukkan perkara luar biasa yang dilakukan oleh jurubahasa di Afghanistan, dan menyinggung tentera AS kerana gagal melindungi mereka. Mereka melakukan kerja yang hebat dalam menggambarkan perkara yang dilakukan oleh jurubahasa di lapangan, dan walaupun babak pertama boleh menjadi terlalu perlahan, ia muncul pada penghujung babak, dan perlahan-lahan kembali semasa kita bergerak ke arah babak kedua yang lebih tersembunyi.
Kami pasti ramai orang dari AS akan menikmatinya, bagi mereka yang menggemari filem aksi bertemakan ketenteraan yang baik akan menikmati ini juga. Tetapi bagi rakyat Malaysia biasa yang tidak mengambil berat tentang perkara seperti ini, kami tidak tahu. Yang pasti, kami sendiri suka padanya. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
The Covenant
PROS
- Peralihan babak yang baik
- Lakonan yang mantap
CONS
- Babak pertama agak perlahan
Discussion about this post