Berikutan dengan acara Tokyo Games Show 2022 di Jepun, Kuro Game telah melancarkan video gameplay sepanjang 8 minit bagi game Wuthering Waves. Ia merupakan game open-world action RPG yang akan dilancarkan di Mobile termasuk Android dan iOS.
Berikut adalah serba sedikit mengenai Wuthering Waves menurut Tap Tap:
Selamat datang ke dunia baharu, Rover.
Ini adalah zaman perjuangan. Sejak Calament seratus tahun yang lalu, makhluk yang tidak diketahui sehingga kini telah berakar di dunia kita, menyemai perselisihan dan kemusnahan. Tamadun seperti yang kita tahu pernah terumbang-ambing di ambang kehancuran.
Ini adalah zaman harapan. Mereka yang terselamat telah mengebumikan kapak bersama saudara dan musuh mereka dan mula membina semula dari runtuhan. Mereka mendapat harapan dalam kegemilangan masa lampau. Mereka mendirikan bandar dan kilang. Mereka menyanyikan pujian pemulihan.
Bagi anda, Rover dari luar. Apa sahaja yang mungkin membawa kepada kebangkitan anda, kami mengalu-alukan anda ke negara-negara bergolak ini. Perjalanan anda ke sini akan melintasi ramai orang lain–dan akan ditandai dengan misteri dan pertempuran. Anda akan turun sebagai legenda, yang akan membawa peremajaan kepada manusia.
Menurut video gameplay yang ditunjuk hari ini, terdapat beberapa watak yang anda boleh bawa untuk pergi bertarung. Kalau saya tengok, setiap watak mempunyai serangan yang unik dan berbeza diantara mereka tetapi senjata utama mereka adalah pedang.
Kalau nak kata grafik, ia memang sangat cantik dan penuh dengan efek yang menarik. Tetapi kami tidak pasti sama ada ia akan sama dengan hasil akhir waktu dilancarkan nanti.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Wuthering Waves akan dilancarkan di Android dan iOS tetapi masih tidak mempunyai tarikh rasmi lagi. Untuk mendapatkan lebih banyak mengenai TGS 2022, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post