Outriders adalah salah satu kejutan yang paling menarik di PAX East 2020. Dijelaskan lagi semasa acara TGS 2020, saya mendapati permainan ini mempunyai mekanik gameplay yang lain daripada lain dan naratif yang jauh lebih mendalam daripada permainan shooter lain . Oleh kerana Outriders adalah salah satu daripada beberapa permainan video yang disahkan untuk PS5 dan Xbox Series X, sudah semestinya kita perlu lihat lebih dekat pada struktur keseluruhannya.
Latar belakang
Manusia ingin menetap di planet Enoch, tetapi harus berurusan dengan makhluk liar di planet ini terlebih dahulu. Sebagai Outrider, anda dilatih untuk misi ini tetapi sesuatu entiti yang bahaya dan aneh juga menghuni Enoch, yang membuat masa tidak bergerak untuk anda selama 30 tahun serta menghadiahkan kuasa yang luar biasa.
Kita cepatkan masa apabila Enoch sudah berubah di mana separuh populasi berubah menjadi jahat, dan separuh yang lain cuba untuk bertahan hidup. Terserah pada anda untuk menyelamatkan semua, walaupun rakan lama sudah tidak lagi mempercayai anda, dan anda pun tidak lagi mengenali mereka.
Gaya permainan, kelas & multiplayer
Pemain akan mencipta askar futuristik sendiri dengan memilih nama, jantina, warna kulit dan ciri-ciri wajah. Kemudian, misi untuk menjelajahi planet Enoch bermula, di mana fauna tempatan, tentera musuh dan bahaya protoplasma menghalangi perjalanan anda.
Unsur third-person shooting adalah fokus permainan, jadi kumpulkan senjata, pilih apa yang sesuai, mencari tempat teduh dan utamakan sasaran adalah semua faktor penting. Tetapi Outriders juga mempunyai elemen RPG. Oleh itu, anda akan memilih salah satu daripada empat kelas, kemudian menaikkan level watak untuk menjadi lebih hebat dan belajar abiliti baru.
Dengan empat kelas berbeza iaitu: Pyromancer, Trickster, Devastator dan Technomancer, Outriders juga dihasilkan untuk multiplayer. Walaupun boleh bermain secara solo, ia lebih mudah jika anda bermain bersama pemain lain yang kebolehannya dapat melengkapkan gameplay anda sendiri. Bekerjasama dengan pemain lain mungkin juga diperlukan untuk misi-misi tertentu dan kandungan end-game.
Tarikh pelancaran
Sebagai “cooperative multiplayer shooter“, Outriders mempunyai potensi yang besar. Tetapi sebagai salah satu permainan pertama di konsol generasi baru, ramai ingin melihat prestasi Outriders di PS5 dan Xbox Series X. Pada masa ini, Outriders tidak mempunyai tarikh pelepasan. Square Enix cuma menjanjikan permainan video akan keluar dalam pada Cuti 2020 di PS5 dan Xbox Series X pada masa yang sama dengan PS4, Xbox One dan PC.
@gamersantaimy
Discussion about this post