Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGA 2021] Gameplay Suicide Squad: Kill The Justice League menampilkan keunikan setiap ahli melawan Flash jahat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 10, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
[TGA 2021] Gameplay Suicide Squad: Kill The Justice League menampilkan keunikan setiap ahli melawan Flash jahat!
Share on FacebookShare on Twitter

Rocksteady akhirnya telah mendedahkan rakaman gameplay pertama Suicide Squad: Kill the Justice League di acara The Game Awards 2021.

Treler gameplay di atas memberi kami pandangan pertama di mana geng Suicide Squad sedang melintasi bandar Metropolis sambil menewaskan segerombolan askar Brainiac. Treler kemudian menunjukkan mereka cuba mengalahkan The Flash, yang “mindanya dikawal oleh Brainiac.” Selain Flash, pelbagai jenis musuh juga dipamerkan, dan memerlukan pemain untuk menggabungkan pelbagai abiliti dengan cara kreatif untuk mengalahkan mereka.

Image

Agak berbeza daripada karya Rocksteady yang lain, kebanyakan watak boleh menggunakan senjata api serta senjata jarak dekat. Harley Quinn ditunjukkan sedang berayun di udara menggunakan grappling hook, manakala King Shark dapat berlari ke atas dinding. Captain Boomerang pula boleh berlari dengan sangat pantas dan melompat ke udara, manakala Deadshot ditunjukkan menggunakan jetpack dan pelbagai senjata api berbeza.

Bagi senjata, King Shark dilihat menggunakan gatling gun dan boleh memakan musuhnya, manakala Deadshot menggunakan sniper rifle tepat dan flamethrower. Seperti namanya, Captain Boomerang menggunakan bumerang sebagai senjata, dan Harley Quinn dilihat menggunakan revolver. Treler itu berakhir dengan mengingatkan peminat kepada tarikh keluarannya pada 2022.

Image

Game ini boleh dimainkan secara solo atau dengan/sehingga tiga rakan. Apabila bermain secara solo, pemain dapat bertukar antara ahli Suicide Squad berbeza manakala AI mengambil alih kawalan untuk saki baki.

Suicide Squad: Kill the Justice League berlangsung dalam “Arkhamverse” selepas peristiwa Batman: Arkham Knight. Ketika Brainiac menyerang Bumi, Amanda Waller mengumpulkan sekumpulan penjahat untuk mengalahkan penjahat itu dan membunuh Justice League, yang dikawal oleh Brainiac. Treler jalan cerita juga mengesahkan bahawa versi jahat untuk Superman, Wonder Woman dan Green Lantern akan membuat kemunculan dan mungkin akan bertindak sebagai pertarungan bos.

Image

Suicide Squad: Kill the Justice League akan dilancarkan pada 2022 dan tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC. Untuk segala liputan kami tentang TGA 2021 (The Game Awards 2021), sila tekan pautan ini.

Tags: GameplaySuicide Squad: Kill the Justice LeagueTGA 2021
Previous Post

[TGA 2021] It Takes Two merangkul gelaran Game of The Year di The Game Awards 2021! Tahniah!

Next Post

[TGA 2021] Trailer Sonic the Hedgehog 2 dan Sonic Frontier didedahkan! SEGA terus maju dengan francais Sonic!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
[TGA 2021] Trailer Sonic the Hedgehog 2 dan Sonic Frontier didedahkan! SEGA terus maju dengan francais Sonic!

[TGA 2021] Trailer Sonic the Hedgehog 2 dan Sonic Frontier didedahkan! SEGA terus maju dengan francais Sonic!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd