Untuk sebahagian besar majoriti, mengejar sebuah kerjaya dalam politik mungkin sedikit lebih menguntungkan daripada berusaha mendapatkan duit melalui permainan video. Bagi mereka yang terpilih pula, ternyata bertuah kerana Esports dibuktikan menjadi sebuah pelantar untuk mereka mendapatkan lebih banyak duit wang berbanding presiden dan perdana menteri mereka.
Pada awal minggu ini, Techguided membuat sebuah kajian untuk membandingkan pendapatan kompetitif antara 500 pemain eSport paling berjaya dan gaji ketua negara masing-masing.Walaupun kebanyak presiden kelihatan cukup selesa, gaji mereka kadang-kala lebih rendah berbanding dengan pendapat bintang-bintang eSports di negara mereka.
Sebenarnya, dalam 70% negara yang dikaji, pemain eSports membawa pulang lebih banyak pendapatan daripada presiden mereka. Pemain Finnish Dota 2, Jerax mempunyai pendapatan kerjaya yang mencapai $2.3 juta pada 2018 manakala Presidennya, Sauli Niinistö, memperoleh hanya $ 141,367. Nampaknya mendapat prestasi baik di Dota 2 International sangat-sangat membantu. Pemain Dota telah menguasai senarai itu, dengan Somnus 丶 M daripada China memperolehi hampir 500 kali ganda lebih banyak daripada presiden Xi Jinping.
Sebenarnya, daripada 20 negara yang dikaji di dalam infographic oleh Techguided, 80% daripada pemain yang berpendapatan tinggi adalah pemain terkenal untuk MOBA Valve. Inilah adalah trend yang akan berterusan sehingga 2019, kerana prize pool untuk TI 2019 hampir mencecah $30 juta, jauh lebih banyak daripada jumlah yang dicapai tahun lepas, yang melonjakkan ramai pemain di ke status berpendapatan tinggi.
Fortnite telah berjaya memasuki senarai ini juga, kerana kemenangan $478,000 milik Turner ‘Tfue’ Tenner daripada Amerika Syarikat pada 2018 hanya lebih sedikit daripada gaji presiden Donald Trump yang bernilai $400,000 . Satu-satunya perkara yang mungkin mengganggu prosiding pada tahun ini ialah Fortnite World Cup. Juara kepada pertandingan itu akan membawa pulang $3 juta, yangbakal melihat mereka pergi lebih jauh daripada jumlah pendapatan kebanyakkan pemain eSport lain.
Sumber – Techguided
@gamersantaimy
Discussion about this post