Selepas pandemik COVID-19 muncul, semua orang dari seluruh dunia mula berkuarantin di rumah. Bosan dan tidak tahu nak apa nak buat, ramai mula berpaling ke gaming terutamanya game online multiplayer Among Us yang kini menjadi pilihan berjuta-juta orang. Bantu menghubungkan para gamer dalam cara yang menarik, kejayaannya hanya semakin bertambah sejak itu. Kini, laporan baharu telah mengesahkan bahawa Among Us, daripada dunia game, akan diadaptasikan ke manga.
Maklumat ini berasal oleh Twitter H2 Interactive di mana mereka berkongsi teaser tentang salah satu kandungan majalah. Di situ jugalah peminat dapat melihat pengumuman manga Among Us! Selepas tweet ini menjadi viral, Innersloth kemudian menggunakan Twitter untuk mengesahkan adaptasi manga yang sedang dalam pembikinan.
“Surprise,” kata Innersloth. “Among Us akan mempunyai manga 1 shot dalam majalah Bessatsu Corocoro pada April 2022.”
Pada masa ini, tidak banyak yang didedahkan tentang one-shot tersebut, tetapi saya tahu ramai peminat tidak sabar untuk melihat bagaimana rupa Among Us dalam manga. Innersloth pun tidak kata jika ada rancangan untuk meneruskan one-shot, tetapi jika sambutannya baik, mungkin ia akan diadaptasikan ke siri penuh.
Tentang jalan cerita, Among Us tidak ada latar belakang yang jelas. Kita hanya tahu mereka adalah sekumpulan angkasawan yang terperangkap dalam kapal angkasa dan harus bekerjasama supaya dapat pulang dengan selamat. Malangnya, beberapa alien berbahaya berjaya menyorok identiti dan berniat untuk bunuh setiap ahli krew. Memandangkan manga dalam produksi, mungkin mereka akan menjelaskan misi sebenar angkasawan atau asal-usul alien.

Lebih banyak info akan diumumkan dalam bulan-bulan berikut. Korang hype tak untuk manga Among Us? Mungkin kita akan dapat jawapan sebenar kepada misteri di atas? Papehal pun, jom kongsi pendapat di ruang komen.

@gamersantaimy
Discussion about this post