Gamescom Asia 2022 telah pun berlangsung dengan membawakan pelbagai benda menarik daripada industri gaming kepada pemain di rantau ini. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menyertainya malah dapat berjumpa dengan beberapa orang hebat. Antaranya Ho Kun “Xian” daripada Team Razer, yang juga merupakan pemain professional Street Fighter. Kami berpeluang untuk menemu ramah Xian serta mendapatkan pendapatnya tentang Street Fighter 6 malah pandangan mengenai acara FGC yang berlangsung. Tanpa membuang masa, jom kita teruskan dengan hasil temu ramah tersebut. Sebagai peringatan, hasil temu ramah telah pun diedit supaya mudah difahami.
Apa pendapat anda tentang beta Street Fighter 6?
Beta Street Fighter 6 sebenarnya sangat bagus. Banyak maklum balas positif daripada semua pemain jika dibandingkan dengan beta Street Fighter 5 dan semua orang betul-betul menyukainya. Saya juga sangat menyukai launcher yang lebih baik, sistem rematch di mana ia sangat pantas dan bagaimana mekanik game sebenarnya memenuhi Street Fighter 3, 4 dan 5.
Ia akan menarik pemain dari semua Street Fighter yang berbeza, di mana saya merasakan seperti Street Fighter 4 dan 5 hanya berjaya mendapatkan jenis peminat tertentu dan pemain dari SF3 dan SF2 kekal dengan game tersebut. Jadi, saya hanya boleh katakan secara keseluruhannya sangat positif.
Siapa pemenang kesukaan anda daripada beta SF 6?
Saya sangat sukakan Jamie. Saya telah banyak bermain sebagai Jamie dan dia sangat menarik. Watak tersebut mempunyai banyak perkara yang berbeza dan sudah lama saya tidak berasa seronok seperti ini.
Hampir semua game baru dilancarkan dengan rollback dan juga mempunyai ciri crossplay. Apa pendapat anda tentang masa depan genre ini?
Secara peribadi, saya merasakan rollback adalah sesuatu yang sepatutnya dilakukan sejak dahulu lagi kerana di rantau seperti Singapura dan Asia Tenggara, game dalam talian bukanlah yang terbaik. Kita banyak bergantung pada dalam talian untuk bermain. Jadi, rollback adalah sesuatu yang saya rasakan sesuatu yang sepatutnya sudah ada, dan sudah tentunya hebat apabila mengetahui kebanyakan game mempunyainya.
Jadi, apa yang saya sangat nantikan sekarang adalah melihat lebih banyak kejohanan offline kembali seperti EVO yang membuatkan ramai orang kembali kerana COVID telah menyebabkan ramai orang drop game kerana bergantung kepada game dalam talian. Tanpa sebarang insentif atau motivasi. Soal menang atau kalah. Ia mengenai melepak di kejohanan offline. Itulah dia fighting game. Anda bercakap dengan orang, berbincang, bermain game dan berseronok.
Jadi, apa yang saya sangat nantikan ialah segala-galanya akan kembali offline dan saya harap EVO di Jepun akan membawa balik semua ini.
Adakah anda akan menjalankan kejohanan dan acara offline semula memandangkan ramai yang sudah mula keluar?
Sebenarnya selepas covid kami telah menjalankan kejohanan dalam talian seperti siri Versus Asia. Jadi, kejohanan offline terakhir yang saya buat ialah di Singtel Com Centre dengan sokongan Singtel ketika itu. Ia adalah tempat yang hebat. Saya benar-benar ingin kembali serta mengatur acara offline, tetapi ia akan memerlukan lebih banyak perancangan kerana terdapat banyak situasi yang tidak dapat diramalkan yang boleh berlaku dan semuanya boleh menjadi masalah. Jadi, saya tidak merancang apa-apa acara offline sehingga keseluruhan keadaan menjadi stabil.
Ada ramai pemain yang mengatakan jenis controller memberikan kelebihan tertentu. Apa pendapat anda mengenainya?
Melalui pengalaman peribadi, saya telah mencuba semua jenis controller. Saya dapati kelebihan pada hitbox sangat sesuai untuk Street Fighter, terutamanya SF5 dan sudah tentu ia juga game lain juga mempunyai kelebihan masing-masing. Tetapi terdapat juga keburukannya, contohnya “pacing” dan jumlah input yang diperlukan dalam game yang menjadikannya tidak membantu pemain. Ada juga situasi di mana stick akan menjadi lebih baik. Jadi buat masa ini, saya masih tidak berniat untuk bermain dengan peralatan yang berbeza.
Apa yang saya rasakan ialah hampir 97% masih bergantung pada kemahiran pemain berbanding peralatan.
Apa pendapat anda tentang keputusan Capcom untuk seragamkan kejohanan, contohnya seperti peraturan tentang perkara yang anda boleh gunakan atau tidak pada stick custom?
Saya rasa keputusan Capcom untuk seragamkan kejohanan adalah untuk controller. Kebanyakan daripadanya tidak dihasilkan berdasarkan komuniti tetapi lebih kepada perniagaan. Saya tidak tahu apakah pendekatan yang betul kerana saya bukan ahli perniagaan mahupun daripada Capcom.
Tetapi sebenarnya sukar bagi mereka untuk memutuskan bagaimana anda membuat SOCD (Simultaneous Opposing Cardinal Directions) dan bagaimana untuk membuat kawalan yang sah, yang mana betul, yang mana salah. Saya merasakan bahawa ia sangat sukar untuk memenuhi keperluan semua orang.
Bagaimana prestasi Drive Impact bagi anda?
Saya rasa Drive Impact sesuatu yang tidak berkesan untuk level yang lebih tinggi. Tetapi saya rasa 90% pemain sedang bermain dan Drive Impact adalah sesuatu yang menjengkelkan. Tetapi rasanya lama kelamaan, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dilawan semula. Saya tidak pasti jika mereka akan meningkatkan penggunaan Drive tetapi ia mungkin tidak baik jika mereka cuba tingkatkannya. Kalau ia memerlukan lebih daripada satu bar meter, lebih susah untuk seimbangkannya buat masa ini.
Ada mesej yang anda ingin sampaikan kepada peminat Street Fighter di luar sana?
Saya fikir SF6 sebenarnya akan berjaya berdasarkan pengalaman bermain saya bersama Mike. Saya tidak pernah melihat Mike begitu menikmati game dan saya secara peribadi tidak merancang untuk strim 10 jam setiap hari untuk beta. Tetapi saya akhirnya melakukannya kerana saya sangat menyukainya. Saya bermain kira-kira 60 jam untuk beta, memaksa diri saya untuk tidur pada 12 jam dan saya sangat pasti bahawa game ini akan mendorong ramai orang baharu serta orang lama. Jadi saya sangat ternanti-nantikannya.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan bersama anda kali ini. Terima kasih kepada Xian kerana sudi meluangkan masa bersama kami. Pasti ramai antara anda tidak sabar untuk terokai segala benda yang akan ditawarkan dalam Street Fighter 6 tidak lama lagi. Apa pun, anda boleh mendapatkan segala liputan Gamescom Asia 2022 daripada kami melalui pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post