Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tekken 8 dedah visual gameplay, Jun Kazama kembali! [TGA 2022]

Alan Fikri by Alan Fikri
December 9, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Game
0 0
0
Tekken 8 dedah visual gameplay, Jun Kazama kembali! [TGA 2022]
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini di acara The Game Awards 2022 (TGA), Bandai Namco telah mempamerkan trailer baru untuk Tekken 8 dengan memfokuskan pada penceritaan dan watak. Setelah menutup sokongan Tekken 7 tahun lepas, pembangun fighting game ini telah mengacah entri baru dalam siri ini. Namun, tarikh keluaran masih belum diumumkan dan kita boleh jangkakan game ini akan dikeluarkan untuk PS5, Xbox Series X|S dan PC.

Di dalam trailer tersebut, kita boleh lihat visual yang menakjubkan, model watak yang lebih terperinci, persekitaran yang menarik dan mekanik game baru yang lebih agresif. Semua ini direka dan dibangunkan untuk membawa Tekken ke arah yang lebih tinggi.

Trailer ini bermula dengan protagonis, Jin Kazama, anak kepada Kazuya Mishima, mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya. Dari situ, dia teringat tentang masa yang lebih bahagia bersama ibunya sebelum mereka berpisah. Adegan tersebut kemudiannya bertukar dengan menunjukkan kekacauan yang berlaku di dalam bandar, di mana Jin berhadapan dengan bapanya.

Trailer ini juga mempamerkan senarai ahli Tekken 8 yang lain, dengan kembalinya watak kegemaran peminat seperti King, Marshall dan Paul. Setiap watak juga mempunyai rupa baru yang tersendiri berbanding tajuk sebelum ini, dirender dalam Unreal Engine 5, visual game ini telah mendapat banyak pujian daripada orang ramai. Walau bagaimanapun, peminat pasti akan membeli game ini untuk mengetahui kesimpulan tentang pertarungan diantara bapa dan anak tersebut.

Semasa Jin dipukul, dia hanya boleh berfikir tentang ibunya dan bagaimana dia gagal dalam perjuangan menentang bapanya. Adegan akhir trailer ini bagaimanapun merupakan satu kejutan besar kepada peminat lama. Ini kerana kemunculan Jun Kazama yang lengkap dengan rupa dan model baru, sambil menyokong Jin dengan memberinya kuasa yang tidak diketahui.

Walaupun dia dipercayai telah dibunuh ketika acara game utama, status rasminya masih belum diketahui dan Jun Kazama pernah membuat penampilan dalam permainan bukan canon seperti Tekken Tag Tournament 2. Nampaknya, Tekken 8 akan terangkan tentang plot yang tersimpul ini dan memberi tumpuan kepada Jin secara besar-besaran.

Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah:

Sudah pasti para peminat Tekken tidak sabar untuk memainkan game ini. Buat masa ini, Bandai Namco tidak mengumumkan bila Tekken 8 akan dikeluar. Tetapi kita boleh jangkakan bahawa game ini akan tersedia untuk PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Tekken, sila tekan pautan ini.

Tags: GameTekkenTekken 8TGA 2022
Previous Post

Diablo IV bakal dilancarkan pada 6 Jun 2023 untuk PS, Xbox & PC! [TGA 2022]

Next Post

Final Fantasy 16 Akan Tiba Pada 22 Jun 2023 di PS5! Pre-order Bermula Sekarang! [TGA 2022]

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Final Fantasy 16 Akan Tiba Pada 22 Jun 2023 di PS5! Pre-order Bermula Sekarang! [TGA 2022]

Final Fantasy 16 Akan Tiba Pada 22 Jun 2023 di PS5! Pre-order Bermula Sekarang! [TGA 2022]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd