Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka menganjurkan closed network test untuk Tekken 8 dari 21 hingga 24 Julai di PS5, dan sekali lagi dari 28 hingga 31 Julai di PS5, Xbox Series dan PC melalui Steam. Buat sesiapa yang berminat, pendaftaran tersedia sekarang melalui laman web rasmi.
Menurut Bandai Namco Studios Inc., TEKKEN 8 adalah entri TEKKEN paling menakjubkan secara visual dan mendalam dan memperkenalkan perubahan yang besar kepada pertempuran termasuk sistem “agresif” baharu yang menggalakkan gaya fokus agresif. Satu lagi penambahan baharu ialah cross play, yang meningkatkan tahap persaingan dengan membenarkan pemain untuk melawan 1v1 tidak kira platform.
Dalam CNT akan datang, pemain dijemput untuk mengalami “Ranked Matches” dan membantu menambah baik mekanik dan ciri gameplay utama dengan memberi respon bernas. Berikut adalah isi kandungan Tekken 8 CNT.
Mode
- Ranked Match (Sehingga 10 rank)
- Menyokong Cross-platform Matchmaking
Perubahan Gameplay
- “Heat Energy” telah dibuang.
- Had tempoh (masa pengaktifan heat ) “Heat Timer” akan berubah bergantung pada cara heat diaktifkan.
- “Heat Smash” telah diseragamkan untuk semua watak yang boleh dimainkan.
Watak yang boleh dimainkan
- Asuka
- Bryan
- Claudio
- Hwoarang
- Jack-8
- Jin
- Jun
- Kazuya
- King
- Lars
- Law
- Leroy
- Lili
- Nina
- Paul
- Xiaoyu
Stage
- Arena
- Rebel Hangar
- Sanctum
- Urban Square (Evening)
- Yakushima
Tarikh dan Tempoh
- PS5 sahaja: 21 Julai 2023 jam 4pm hingga Julai 24, 2023 jam 3 pm
- PS5, Xbox Series X|S, PC Steam: 28 Julai 2023 jam 4pm hingga 31 Julai 2023 jam 3pm
Seperti mana-mana ujian, tujuan closed network test adalah untuk menguji rangkaian dan memantau pengalaman gameplay Tekken 8. Bandai Namco berhasrat untuk mendapatkan maklum balas tentang kualiti permainan dan menghargai jika semua peserta dapat memberikan maklum balas melalui tinjauan dalam talian yang akan dihantar melalui e-mel selepas closed network test ditutup.
Tekken 8 sedang dibangunkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC (Steam) dan malangnya, tarikh keluaran masih belum diumumkan. Buat mereka yang berminat, sila sertai Tekken CNT di SINI untuk peluang mencuba.
Baca segala berita kami tentang Tekken 8 di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post