Kita ada satu lagi permainan pertempuran akan datang pada tahun depan! Peminat telah lama menantikan berita tentang tarikh pelancaran Guilty Gear Strive, dan sekarang awak semua sudah tahu bila untuk bersiap sedia.
Disahkan melalui trailer baru, Arc System Works mengumumkan bahawa Guilty Gear Strive akan dilancarkan tahun depan pada dua tarikh yang berasingan. Guilty Gear Strive akan hadir ke PS4, PS5 dan PC pada 6 April untuk Ultimate dan Deluxe Edition manakala Standard Edition akan dilancarkan pada 9 April. Edisi Standard dan Ultimate akan dikeluarkan dalam format fizikal dan digital sementara Deluxe ialah digital sahaja.
Selain daripada akses awal tiga hari, Edisi Deluxe dan Ultimate juga mengandungi Season Pass 1. Season Pass pertama akan menampilkan 5 watak tambahan, 5 warna tambahan untuk senarai watak, dua lokasi baru dan mod “Extra Story“. Pembeli Ultimate Edition akan mendapat bonus tambahan soundtrack digital dan karya seni dengan pek warna tambahan.
Walaupun Guilty Gear Strive nampaknya sebagai permainan pertempuran “baru” pertama di konsol next-gen, ia sebenarnya bukanlah yang pertama daripada genre tersebut. NetherRealm Studios baru-baru ini mengumumkan bahawa Mortal Kombat 11 Ultimate akan dilancarkan di konsol PS5 dan Xbox Series serta tersedia sejurus selepas kedua-dua konsol dilancarkan.
Dengan tarikh pelancaran baru di April, nampaknya penangguhan Guilty Gear Strive kerana COVID-19 agak teruk. Walaupun game ini mungkin terlepas pada jendela pelancaran konsol next-gen, peminat masih boleh terus bersemangat untuk ansuran seterusnya dalam francais.
Guilty Gear Strive akan dilancarkan pada 9 April untuk PlayStation 4, PlayStation 5, dan PC. Pemilik Deluxe dan Ultimate Edition boleh bermain permainan ini lebih awal pada 6 April.
@gamersantaimy
Discussion about this post