Death Stranding adalah permainan yang tiada siapa dapat jangkakan bagaimana jalan ceritanya akan mengambil tempat. Sejak diumumkan pada tahun 2016, peminat cuba untuk menguraikan tema dan makna yang sangat pelik dalam pelbagai trailer dan teaser yang telah kita lihat daripada penciptanya sendiri, iaitu Hideo Kojima. Baru-baru ini Kojima Productions membuat pengumuman untuk game tersebut, di mana mereka akan membuat livestreaming mengenai Death Stranding. Namun, PlayStation Taiwan nampaknya tidak sabar dan “tidak sengaja” mengeluarkan post yang mengatakan game itu akan keluar pada 8 November tahun ini.
Post ini telah pun dipadamkan daripada laman Facebook mereka. Hideo Kojima bagaimanapun seolah-olah memberi reaksi setelah apa yang berlaku. Siapa sangka projek yang bertahun-tahun lamanya dibangunkan itu telah dibocorkan beberapa jam sebelum mereka membuat pengumuman rasmi.
😭😭😭
— 小島秀夫 (@Kojima_Hideo) May 29, 2019
Benarkah game ini akan keluar seperti tarikh yang dikatakan itu? Ini kerana PlayStation Store sendiri pun sebarkan gambar pre-order untuk Death Stranding!
Selain daripada menangis, dengan menggunakan emoji, Hideo Kojima tidak memberi sebarang penjelasan. Mungkin benar, mungkin juga hanyalah strategi marketing.
Update:
Death Stranding telah disahkan akan hadir pada 8 November 2019 ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post