Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tarikh keluaran Dauntless untuk PS4 dan Xbox One diumumkan!

Game RPG free-to-play ini akan keluar di console dan Epic Games Store bermula minggu depan.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 14, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Tarikh keluaran Dauntless untuk PS4 dan Xbox One diumumkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Dauntless, sebuah free-to-play monster hunting game diinspirasikan oleh siri popular Monster Hunter, telah mempunyai tarikh keluaran rasmi. Dibangunkan oleh Phoenix Labs yang terdiri daripada bekas developer daripada BioWare, Capcom, Blizzard, dan Riot Games, Dauntless telah banyak kali ditangguhkan. Sedih kan?

Berita baik untuk kami semua, pelancaran penuh game ini makin menghampiri, kerana Dauntless akan keluar pada 21 Mei di Xbox One, PlayStation 4, dan juga Epic Games Store!

Selepas maklumbalas yang sangat positif di peringkat beta dengan kiraan pemain open beta mencecah sehingga 2 juta pemain, Dauntless mengambil beberapa contoh daripada siri Monster Hunter oleh Capcom. Dauntless berkongsi konsep yang hampir sama dengan Monster Hunter iaitu mengandungi cooperative onlie play dan pemain harus menewaskan raksasa-raksasa besar, dipanggil Behemoth dalam pertempuran tetapi Dauntless juga berjaya memisahkan dirinya dalam pelbagai cara lain seperti gaya free-to-play dan art style kartunnya yang unik.

Selain daripada pilihan senjata, armor, dan lokasi yang banyak, Dauntless kini siap sedia untuk menyertai genre monster hunting yang kian membesar dan popular ini.

Image result for dauntless gameplay

Selain daripada keluaran base game, Season 5 Hunt Pass juga akan keluar pada 21 Mei. Selain itu, perubahan baru yang dibuat kepada gameplay semasa open beta akan diimplementasikan kepada pelancaran rasmi, termasuk patch dan feature yang ditambah kepada Dauntless sejak versi pertama. Arcslayer Pack juga boleh didapati pada minggu depan, yang memberi penambahan armor dan item lain untuk membantu pemain dalam usaha co-op atau solo memburu mereka.

Dauntless dikatakan akan hadir ke Nintendo Switch dan peranti mobile pada masa akan datang, walaupun masih tiada tarikh tetap buat masa ini. Pada masa yang sama, cross-play support untuk Dauntless kini sedang diusahakan supaya gamers boleh bermain co-op tidak kisah pelantar apa.

Bagi mereka yang seronok bermain open beta, ini memang berita bagus. Di samping itu, agak menarik untuk lihat bagaimana Dauntless akan berjaya sebagai suatu judul free-to-play. Moga-moga, game ini masih menarik minat orang ramai selepas keluaran rasminya di PC, PS4, dan Xbox One pada 21 Mei, 2019.

Sumber – IGN.SEA

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: dauntlessfree to playPCphoenix labsPS4Xbox One
Previous Post

Pengganti PUBG Mobile, Game For Peace Menghasilkan RM58.28 Juta Dalam Tempoh 72 Jam Keluarannya

Next Post

Pemain Dreams mencipta semula Metal Gear Solid didalam Game

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Pemain Dreams mencipta semula Metal Gear Solid didalam Game

Pemain Dreams mencipta semula Metal Gear Solid didalam Game

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd