Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tanpa apa-apa amaran, Fortnite telah membuat perubahan besar kepada Team Rumble!

Sudah pasti peminat Fortnite tidak gembira.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 16, 2019
in Acara, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Tanpa apa-apa amaran, Fortnite telah membuat perubahan besar kepada Team Rumble!
Share on FacebookShare on Twitter

Fortnite telah membuat satu perubahan yang besar kepada Team Rumble dan tidak mengumumkannya langsung kepada kami. Seperti perubahan lain yang dibuat di dalam game ini, ia pasti membangkitkan kemarahan majoriti para peminat.

Genre Battle Royale sedang mendominasikan landskap permainan video sekarang. Malah, game yang cuba untuk mengukir nama sendiri dan melawan arus telah diseret sekali ke genre terkenal ini. Masalahnya, jika anda tidak begitu bagus dalam game yang berasaskan battle royale, ataupun biasa-biasa saja, kitaran untuk mendarat, mati, dan menunggu sekali lagi pasti akan membosankan pemain dengan cepat.

Bagi pemain Fortnite yang dah fed-up dengan cycle ini, Epic memberikan penyelesaian iaitu- Team Rumble, yang terdiri daripada dua pasukan yang dipenuhi 20 pemain untuk setiap pasukan bertarung sesama sendiri. Walau bagaimanapun, di sini anda mendapat lebih daripada satu peluang. Cara untuk menang ialah pasukan pertama untuk mencapai 150 elimination akan menang, dan anda akan terus respawn berulang kali sehingga target itu tercapai.

The elimination goal in Team Rumble has been decreased from 150 to 100 to shorten match length.

— Fortnite (@FortniteGame) July 10, 2019

Iya kami kata 150 elimination, tetapi Epic baru-baru ini memutuskan untuk mengubahnya tanpa memberi sebarang amaran kepada pemain. Minggu lepas, Fortnite tweet “Matlamat elimination di Team Rumble telah diturunkan daripada 150 kepada 100 untuk memendekkan tempoh perlawanan.”

Seperti biasa, peminat Fortnite tidak menerima perubahan ini dengan hati terbuka. Ramai pemain menggunakan Team Rumble untuk membantu mereka mencapai matlamat elimination dengan cepat . Dengan penurunan 50 elimination secakang,  secara semula jadi ia kini menjadi lebih sukar untuk dicapai oleh pemain.

Sumber – Twitter@Fortnite

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 150 eliminationbattle royaleEpicFortnite
Previous Post

Pokemon Go membuat crossover kejutan bersama One Piece!

Next Post

GTA 6 Tidak Akan Keluar Tahun 2020?!?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
GTA 6 Tidak Akan Keluar Tahun 2020?!?

GTA 6 Tidak Akan Keluar Tahun 2020?!?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd