Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tales of Arise: Rumusan info untuk setiap watak!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 9, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Bimbingan, JPRG, Panduan, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Tales of Arise: Rumusan info untuk setiap watak!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan membawa francais Tales ke alam pemodenan, Bandai Namco ada matlamat untuk mencipta pengalaman JRPG paling seronok untuk peminat di seluruh dunia. Memandangkan Tales of Arise sudah keluar hari ini, kita akhirnya dapat mencuba 6 “playable character” dalam game iaitu Alphen, Shionne, Rinwell, Kisara, Dohalim dan Law. Dengar macam banyak kan? Jangan risau! Di sini, saya akan menyenaraikan setiap satu dan cuba menjelaskan sebaik mungkin apa yang membuatkan mereka istimewa. Inilah rumusan info saya untuk setiap watak di Tales of Arise!

Watak yang bertarung jarak dekat

Berikut adalah senarai watak yang pakar melakukan damage fizikal dengan menggunakan kuasa mentah. Warga Dahnan tidak dapat menggunakan tenaga astral untuk melakukan Elemental Artes, jadi itulah sebab utama mengapa watak di bawah kelas ini mempunyai gaya pertempuran spesifik.

Alphen

Gaya Pertarungan

Watak utama kami adalah pendekar pedang yang pakar dalam pertempuran jarak dekat. Dia dapat melancarkan sejumlah serangan Artes yang boleh dikombokan, dan pada masa yang sama, dapat menyerang musuh dari jarak jauh atau di udara, lantas menjadikannya watak sesuai untuk menghadapi apa-apa situasi.

Perk khusus & Boost Attack

Alphen dapat mengorbankan HP untuk menggunakan Perk “Flaming Edge” yang bersinergi baik dengan Boost Attack Blazing Sword. Boost Attack ini bermula dengan serangan ayunan yang membakar segalanya yang disentuh dan mampu “down-kan” mana-mana musuh (termasuk bos). Lebih banyak HP yang dikorbankan, semakin kuatlah serangan. Walaupun memiliki output damage yang tinggi, ia agak berisiko dan kita tidak boleh menggunakan skil untuk tempoh masa yang lama. Jika tidak, Alphen akan kehilangan terlalu banyak HP. Seterusnya, Perk Flaming Edge mempunyai bonus tambahan dan melakukan lebih banyak damage ketika menyerang musuh yang dalam keadaan “downed”.

Law

Gaya Pertarungan

Law adalah pakar dalam seni mempertahankan diri dan menggunakan penumbuk dan tendangan untuk menyerang musuh. Dia dapat mengalahkan musuh dengan satu pukulan yang kuat, tetapi memiliki stat defensif rendah yang mengharuskan dia untuk kerap “dodging”.

Perk khusus & Boost Attack

Law dapat meningkatkan konsentrasi untuk menggandakan kekuatan serangan fizikal dan elemental selagi tidak diganggu oleh musuh. Jika tidak, buff ini akan hilang. Boost Attack-nya sangat berkesan pada musuh berperisai, kerana dia dengan mudah dapat menembus pertahanan mereka dalam satu serangan. Oleh kerana Law cukup mahir ketika mengelak serangan (lagi-lagi jika dikawal oleh AI), dia kerap mencapai tahap Over Limit yang membolehkannya melakukan serangan Arte tanpa kehilangan AG dan mengaktifkan Mystic Artes.

Kisara

Gaya Pertarungan

Watak ketiga dalam kelas ini adalah Kisara yang  menggunakan tukul dan perisai besar untuk melawan. Walaupun tidak dapat menggunakan “dodging”, Kisara boleh melakukan “guard” untuk mengurangkan damage dan melindungi anggota parti. Senarai Arte-nya  juga mempunyai jarak yang luas, jadi anda dapat melindungi ahli parti dengan mudah.

Perk khusus & Boost Attack

Seperti yang saya katakan di atas, Kisara tidak boleh dodge dan akan menghalang serangan musuh dengan perisai besar. Ini bukanlah satu kelemahan kerana dia masih boleh melancarkan Artes ketika bertahan. Serangan musuh yang berjaya dihalang akan meningkatkan “morale”, lantas membuatkan Artes dan kombo dia menjadi lebih kuat dan lebih sukar untuk bertahan. Boost Attack milik Kisara membolehkannya menanam perisai gergasi itu ke tanah untuk menyerang musuh dan melindungi anggota parti. Sekiranya menyerang musuh, ia akan “down-kan” dan melemahkan serangan mereka. Skil ini juga dapat meningkatkan pertahanan fizikal dan elemen anggota parti.

Watak yang bertarung jarak jauh

Ini adalah senarai watak yang mengkhususkan diri dalam serangan jarak jauh dan “Astral Artes”. Tidak seperti warga Dahnan, orang Renan dapat mengawal tenaga astral. Tetapi ada satu watak yang terkecuali di mana saya akan jelaskan kemudian di bawah.

Shionne

Gaya Pertarungan

Shionne bertarung menggunakan senapang dan astral artes dari jarak yang jauh, sambil menggunakan Healing Artes pada rakan yang HP rendah. Walaupun ada watak lain yang menggunakan Healing Artes, Shionne merupakan healer terbaik kerana dia sudah memiliki skil pada awal dan menjadi watak support yang paling mantap pada penghujung game. Tidak seperti Artes biasa, Healing Artes menelas kos CP untuk digunakan, jadi anda perlu mempertimbangkan jumlah CP sedia ada kerana Shionne akan sentiasa menyembuhkan parti sehingga CP menjadi kosong.

Perk khusus & Boost Attack

Shionne dapat melontar satu bom ke arah musuh dan kemudian menembak bom itu menggunakan peluru istimewa untuk menjadikannya letupan lebih kuat. Boost Attack-nya akan menembak banyak pancaran cahaya yang menembus pertahanan musuh dan memiliki jarak yang sangat luas. Serangan ini sangat berkesan ke atas musuh di udara, kerana membataskan pergerakan dan menjatuhkan mereka ke tanah.

Rinwell

Gaya Pertarungan

Rinwell sebenarnya adalah orang Dahnan, jadi mengapa dia dapat menggunakan tenaga astral? Ini kerana dia berketurunan Mage yang merupakan bangsa hampir pupus. Selaku mage, Rinwell merupakan watak jarak jauh yang banyak bergantung pada Elemental Artes. Walaupun serangannya kuat dan memiliki jarak yang luas, dia memerlukan lebih banyak masa untuk melancarkan serangan, jadi pastikan diri anda jauh dari musuh sebelum memulakan serangan.

Perk khusus & Boost Attack

Semasa mengecaskan Elemental Artes, Rinwell sebenarnya dapat “delay” serangan tersebut dengan menahan butan. Serangan itu hanya akan lancar selepas kita melepaskan butang. Pada masa yang sama, kita boleh menahan butang lain dan kemudian lepaskan butang tersebut untuk melakukan serangan kombo. Sekiranya kita mengecas dua Elemental Artes yang sama, maka ia akan bergabung kepada sihir yang lebih kuat.

Rinwell juga mempunyai Boost Attack terbaik dalam game (bagi pendapat saya), di mana dia boleh mengawal tenaga astral untuk melemahkan musuh sambil terus menyerang. Musuh ini akan berada dalam keadaan “downed” dan Rinwell akan mencuri sihir mereka lalu menggunakannya untuk diri sendiri. Di samping itu, musuh pun tidak dapat menggunakannya skil buat sementara waktu. Ini adalah Boost Attack yang sangat praktikal kerana dapat mengganggu apa-apa serangan dari musuh, termasuk bos.

Watak seimbang yang pakar dari jarak jauh dan dekat

Seperti tajuk di atas, hanya ada seorang watak sahaja yang pakar dalam pertempuran jarak dekat dan jarak jauh.

Dohalim

Gaya Pertarungan

Dohalim adalah pakar dalam Elemental Artes dan serangan berasaskan tongkat. Gayanya cukup fleksibel, di mana dia dapat menyerang dengan sederet pukulan dari jarak dekat ke jarak jauh, sambil membuat kombo dengan Elemental Artes untuk menyerang dan sembuh dari jauh. Kerana tidak pengkhususan spesifik, watak ini seimbang dari segi DPS dan Support tetapi sangat berguna kerana dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa situasi sekalipun.

Perk khusus & Boost Attack

Perk Dohalim amat mirip dengan Law, di mana dia sentiasa perlu “dodge” untuk bertarung dengan lebih berkesan. Selepas mengelak serangan, dia akan mendapat lebih banyak momentum sambil memperluaskan lagi jarak serangan. Bukan setakat itu, tahap penetration juga akan meningkat, supaya dapat melakukan serangan kritikal dengan kerap. Boost Attack-nya juga amat berguna, di mana dia menyeru pokok menjalar dari tanah untuk memerangkap musuh dan menyerang mereka. Boost Attack ini berkesan ketika melawan musuh yang pandai mengelak seperti monyet atau Zeugle jenis serigala , kerana menghalang pergerakan mereka dan memerangkap satu musuh untuk jangka masa yang singkat.


Itu sahaja rumusan info saya untuk setiap watak di Tales of Arise! Tales of Arise secara rasmi dikeluarkan hari ini di PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X/S dan untuk segala liputan kami tentang Tales of Arise termasuk review penuh dan panduan Beginner, sila tekan pautan ini. Saya harap maklumat di atas dapat bantu memilih watak yang sesuai dengan playstyle anda!

Muat turun di sini
Tales of Arise
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Release Date: 2021-09-09
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Tales of Arise adalah permainan ARPG yang akan datang dikembangkan dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Entri utama ketujuh belas dalam siri Tales, pada awalnya dirancang untuk dilancarkan pada tahun 2020 untuk Microsoft Windows, PlayStation 4 dan Xbox One, tetapi ditunda hingga September 2021 kerana pandemi COVID-19.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai NamcoInfoPanduantales of arisewatak
Previous Post

Tales of Arise: Panduan asas untuk pemain baru!

Next Post

PlayStation 4 MEGA PACK terbaru menampilkan game Best-Selling tersedia bermula 14 September ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Lebih Banyak Cara Untuk ‘Survive’ – Once Human Berkembang Dengan Kandungan Baharu & Keluaran Konsol
Berita

Lebih Banyak Cara Untuk ‘Survive’ – Once Human Berkembang Dengan Kandungan Baharu & Keluaran Konsol

July 3, 2025
My Hero Academia: All’s Justice – Fighting Game Baharu Memfokuskan Pada Final Arc!
Berita

My Hero Academia: All’s Justice – Fighting Game Baharu Memfokuskan Pada Final Arc!

July 3, 2025
Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang
Review

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang

Next Post
PlayStation 4 MEGA PACK terbaru menampilkan game Best-Selling tersedia bermula 14 September ini!

PlayStation 4 MEGA PACK terbaru menampilkan game Best-Selling tersedia bermula 14 September ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd