Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lebih Banyak Cara Untuk ‘Survive’ – Once Human Berkembang Dengan Kandungan Baharu & Keluaran Konsol

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 3, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Seram, Steam, Survival, Tajaan, Xbox Series X|S
0 0
0
Lebih Banyak Cara Untuk ‘Survive’ – Once Human Berkembang Dengan Kandungan Baharu & Keluaran Konsol
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia pasca-apokalips kini jadi lebih ganjil daripada biasa. Once Human, game survival free-to-play cross-platform yang telah menarik minat pemain dari seluruh dunia, kini menyambut ulang tahun pertamanya dengan update besar-besaran yang menjanjikan pengalaman gaming yang lebih hebat.

Ini bukan sekadar satu lagi klon game survival. Once Human membina identitinya sendiri dengan menggabungkan elemen seram supernatural dan pilihan pemain yang bermakna, menjadikan pengalaman free-to-play yang menghargai masa serta poket anda.

Dilancarkan sebagai eksklusif PC pada Julai 2024, game ini kini telah berkembang menjadi fenomena global, hadir ke platform mobile pada Mac 2025 dan menarik jutaan pemain yang mendapati bahawa bertahan di penghujung dunia boleh jadi menakutkan, namun mengasyikkan.

Game untuk Semua Jenis Pemain

Apa yang membezakan Once Human daripada game lain ialah sistem Scenario yang direka untuk memenuhi pelbagai gaya permainan. Sama ada anda lebih suka menjelajah dalam mod PvE cooperative atau bertarung sengit dalam PvP, game ini menyediakan persekitaran khas yang dibina untuk memperhebatkan setiap pengalaman.

Dunia open world supernatural yang penuh perincian menjadi latar yang sempurna untuk semua gaya permainan ini, memastikan pemain sentiasa dihidangkan dengan cabaran baharu.

Kredit: NetEase

Mimpi Ngeri Baharu Menanti dalam Endless Dream

Senario PvE terbaharu, Endless Dream, dilancarkan pada 3 Julai dan membawa pemain ke dalam dunia mimpi yang pelik, seolah-olah diambil terus dari filem thriller psikologi.

Dunia ganjil ini menampilkan elemen sureal seperti TV CRT lama dan taman tema terbiar yang menyeramkan, semuanya dihiasi dengan gaya visual Dreamcore yang penuh misteri. Keseluruhan peta dunia terbuka sejak awal, membolehkan pemain meneroka sepenuhnya pantulan alam bawah sedar yang telah musnah.

Kredit: NetEase

Apa yang menjadikan Endless Dream unik ialah sistem Dream Zone dan Nightmare Area yang tersendiri. Pemain bukan sahaja perlu menghadapi ancaman supernatural daripada persekitaran, tetapi juga perlu menyesuaikan diri dengan mekanik baharu Confusion yang menambah cabaran mental dan strategi.

Senario ini turut memperkenalkan musuh-musuh mengerikan yang digelar Deviants, termasuk Agony (makhluk humanoid yang melepaskan serangan elektrik), Misery (patung bunga yang meletupkan diri), dan Naivety (beruang teddy comel dengan skrin TV berhantu di perutnya).

Paling menarik, pemain diberi kebebasan mutlak untuk membina struktur ofensif dan defensif di mana-mana sahaja, tanpa sebarang sekatan wilayah.

Senario ini juga hadir dengan sistem perkembangan lima peringkat yang dinamik, berubah mengikut cara pemain mengurus mimpi ngeri mereka untuk menawarkan pelbagai kemungkinan pengakhiran bergantung pada keputusan dan strategi yang diambil.

PvP Lebih Sengit dengan RaidZone

Bagi pemain yang dahagakan aksi PvP yang mencabar, Once Human: RaidZone akan dilancarkan pada 30 Julai. Spin-off yang berfokus sepenuhnya kepada PvP ini menghumban pemain ke dalam dunia pasca-apokalips yang kejam, di mana mereka bermula kosong dan perlu mengumpul sumber dari bawah.

Game ini menekankan serangan besar-besaran yang dirancang, pembentukan pakatan strategik, dan risiko pengkhianatan yang berterusan.

Kredit: NetEase

RaidZone membuang semua bentuk perlindungan di mana seluruh peta terbuka untuk diserang pada bila-bila masa, dan markas pemain sentiasa terdedah kepada ancaman. Untuk bertahan, pemain perlu bekerjasama dalam pakatan sementara, namun sentiasa bersedia untuk mengkhianati rakan sekutu apabila perlu.

Deviation Power daripada game utama turut diberi nafas baharu untuk mod PvP ini, menawarkan kebolehan luar biasa yang boleh digunakan dengan kejam terhadap musuh.

Giliran Pemain Konsol dan Pelbagai Ganjaran Menanti

Once Human kini bersedia untuk berkembang ke platform konsol, dengan versi PlayStation dan Xbox dalam perancangan.

Walaupun tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan, pasukan pembangunan mengesahkan bahawa versi konsol hampir siap, dengan previu dan penyesuaian khusus mengikut platform akan didedahkan dalam masa terdekat.

Pemain kini boleh meletakkan Once Human dalam wishlist untuk menerima ganjaran eksklusif early-bird apabila versi konsol ini dilancarkan nanti.

Kredit: NetEase

Sempena pelancaran Annual Version 2.0, Once Human turut menghadiahkan pelbagai ganjaran menarik kepada semua pemain. Setiap pemain boleh menuntut 11 Lightforge Ingot secara percuma dengan menyertai acara versi 2.0 dan melengkapkan tugasan yang disediakan.

Lebih banyak ganjaran menanti melalui pelbagai aktiviti dalam game, termasuk minigame Dreamland Wonder, misi menyelamatkan Chefosaurus Rex gergasi, serta bonus log masuk harian.

Sambutan ini turut dilanjutkan ke luar permainan melalui acara komuniti Renewed Team, di mana pemain boleh bekerjasama untuk berkongsi kumpulan hadiah bernilai jutaan.

Setahun Pertumbuhan dan Janji yang Dipenuhi

Ulang tahun pertama Once Human bukan sekadar tanda kejayaan, ia mencerminkan komitmen kukuh pasukan pembangunan dalam mendengar suara komuniti dan menyampaikan update yang benar-benar bermakna.

Daripada senario mimpi ngeri Endless Dream, spin-off PvP RaidZone yang mencabar, hinggalah pelan perluasan ke konsol, semuanya dibentuk berdasarkan kehendak pemain.

Kredit: NetEase

Pengalaman survival supernatural yang pada asalnya eksklusif untuk PC kini telah berkembang menjadi fenomena merentas platform, menyatukan peminat PvE dan PvP dari seluruh dunia.

Dengan update berskala besar, pelancaran di platform baharu, dan janji untuk kekal bebas daripada elemen pay-to-win, Once Human sedang meletakkan dirinya sebagai destinasi gaming jangka panjang yang dipercayai.

Kredit: NetEase

Sama ada anda tertarik dengan suasana seram psikologi dalam Endless Dream, mahukan cabaran kompetitif dalam RaidZone, atau sekadar mahu menjelajah dunia supernatural bersama rakan-rakan, Annual Version 2.0 menawarkan sesuatu yang menarik untuk setiap jenis pemain.

Kejayaan tahun pertamanya membuktikan bahawa apabila pembangun benar-benar mendengar komuniti dan menghasilkan kandungan berkualiti tanpa menekan dompet pemain, sambutan yang diterima akan datang dengan semangat dan kesetiaan yang luar biasa.

Sedia hadapi mimpi ngeri anda? Sertailah jutaan pemain yang sudah bertahan dalam dunia supernatural Once Human. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati halaman rasmi mereka di Steam dan Epic, laman web rasmi, serta saluran media sosial mereka:

  • X
  • Facebook
  • Discord

Tags: Once Human
ShareTweetSend
Previous Post

My Hero Academia: All’s Justice – Fighting Game Baharu Memfokuskan Pada Final Arc!

Next Post

Doraemon The Movie: Nobita’s Art World Tales Akan Ditayangkan Di Malaysia Mulai 17 Julai

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Doraemon The Movie: Nobita’s Art World Tales Akan Ditayangkan Di Malaysia Mulai 17 Julai

Doraemon The Movie: Nobita's Art World Tales Akan Ditayangkan Di Malaysia Mulai 17 Julai

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd