UPDATE: Berita ini benar dan khabar angin daripada leaker adalah betul.
Artikel original adalah seperti berikut:
Hunter x Hunter telah “berehat” (hiatus) selama bertahun-tahun secara “on and off” kerana penciptanya Yoshihiro Togashi mempunyai isu kesihatan kronik yang perlu diutamakan. Walaupun begitu, beliau masih bertungkus-lumus melukis manga Hunter x Hunter selagi boleh, kerana jalan ceritanya masih belum tamat. Cuma, apa yang mengejutkan adalah Togashi nampaknya telah mendedahkan penamat Hunter x Hunter demi memuaskan hati para pembaca.

Maklumat ini datang daripada TV Asashi melalui program “Iwakura to Yoshizumi” yang menampilkan segmen “Hunter x Hunter” istimewa. Di Jepun, media seperti Model Press memberi penerangan tentang episod itu dan mesej Togashi. Di sini lah, para penonton dan peminat diberitahu tentang “salah satu penamat” Hunter x Hunter. Niat Togashi untuk meluah pun kerana sebab besar; beliau takut jika meninggal dunia dahulu dan tidak sempat menghabiskan manga untuk pembaca.

Menurut Togashi, dia mempunyai empat penamat berbeza untuk Hunter x Hunter tetapi penamat yang dia kongsikan dinamakan sebagai D. Tiga penamat lain, bernama A, B, C, masih dirahsiakan buat masa ini. Malah, Togashi turut menyebut bahawa beliau lebih suka penamat C berbanding semua, tetapi tahu naratifnya pasti tidak disukai di kalangan peminat.
Berkenaan penamat D, kisahnya mula-mula dipertimbangkan sebagai kesimpulan siri tetapi dibuang kerana Togashi kurang suka akan naratifnya. Tetapi andai kata manga tidak sempat siap, maka itulah pengakhiran yang Togashi pilih.

Pengakhiran ini berlaku pada masa hadapan di mana Gon kini menjadi datuk, dan mempunyai keluarga sendiri. Secara keseluruhan, penamat ini sangat tenang dan berlaku semasa dia memancing. Anda boleh membaca sinopsis penuh tentang penamat D di bawah (terjemahan oleh PewPiece).
Penamat Hunter x Hunter, Senario D
Penamat D mengalihkan tumpuan watak utama kepada Jin (perempuan), yang mungkin adalah cucu kepada Gon tetapi tidak dinyatakan secara jelas. Kisah Jin bermula sama seperti Gon; dia memancing di sebelah tasik untuk cuba menangkap ikan Lake Lord. Walau bagaimanapun, dia tidak berminat untuk menjadi seorang Hunter.
—Di sebelah tasik, seorang gadis bernama Jin, memegang pancing sambil berdiri tegak. Tiba-tiba, joran itu bergegar kuat, dan Jin, dalam keadaan terkejut, berkata – “Saya dapat dia! Saya dapat Lake Lord!” Dia mengangkat Lake Lord di atas bahu dan berdiri di hadapan seorang wanita – “Seperti yang dijanjikan, saya menangkap Lake Lord, Ibu!” Jin mendekati wanita itu dan dengan penuh semangat bercakap – “Kamu tidak boleh memberitahu saya lagi – “Anda mesti menjadi Hunter.”
Ibunya nampaknya mahu Jin menjadi seorang Hunter, sama seperti Gon. Walau bagaimanapun, Jin tidak ingin meninggalkan pulau itu. Ayah Jin pula nampak santai dan tidak kisah dengan pilihan hidup Jin. Ibu Jin menyalahkan keturunan Nenek Mito dan Nenek Noko sebagai sebab Jin tidak mahu menjadi Hunter. Ini mengesahkan bahawa Gon berkahwin dengan Noko pada masa hadapan. Jika anda tidak tahu, Noko juga dari Pulau Whale, dan sebaya dengan Gon. Mereka bermain bersama, dan Gon juga pernah bercerita tentang Noko kepada Killua semasa pertama kali bertemu.
—Wanita itu hanya menganggukkan kepalanya. Jin, masih memikul Lake Lord di bahunya, berjalan pergi. Si Ibu menceritakan kepada suaminya bahawa Jin tidak ingin meninggalkan pulau itu dan sebaliknya ingin mewarisi rumah mereka. Si Ayah bersetuju sambil ketawa, tetapi si ibu meluahkan rasa tidak puas hati – “Mungkin niatnya akan berubah nanti. Tapi saya nak tahu, awak dengan Jin, kenapa awak jadi macam ni? Pasti kerana darah Nenek Mito dan Nenek Noko.
—Si Ibu tidak sedar bahawa Nenek Mito dan Nenek Noko sebenarnya tidak mempunyai pertalian darah, dan menambah, “Tetapi Datuk Gon adalah seorang pemburu terkenal… dan gadis ini suatu hari nanti akan meninggalkan pulau itu.”
—Jin dengan tegas – “Saya tidak akan pergi!” Walaupun kini di tengah-tengah hutan, dia dapat mendengar perbualan ibu bapanya dan enggan setuju dalam hati.
—Adegan bertukar di depan kedai dari zaman Mito. Lake Lord dipotong bersih, dan bahagian dalamannya disusun. Jin berfikir semasa bekerja – “Ibu tidak pernah faham.”
—Pada masa itu, Datuk Gon bercakap dengan gembira tentang memorinya sebagai seorang Hunter, tetapi Nenek Noko secara senyap-senyap meninggalkan tempat duduknya. Dia menghentak papan potong dengan pisau dengan kuat. Hatinya berkata – “Saya bosan dengan ini! Untuk menunggu kepulangan seseorang selepas berbulan-bulan dan bertahun-tahun, menghancurkan hati saya…
—Kemudian pintu terbuka, dan muncul suara yang biasa didengari. Seorang kanak-kanak kecil yang gempal masuk sambil memegang pokok.
—Kanak-kanak itu berkata, “Saya dapat Lake Lord sebenar! Jom kita raikan bersama pulau!” Jin menjawab, “Saya sentiasa… sentiasa mahu bersama orang yang saya suka. Sentiasa bersama!” Kanak-kanak itu bersetuju – “Ya!”
—Kedua-duanya, dengan senyuman lebar di wajah, teruskan memasak. Seekor burung terbang jauh dari pulau itu, jauh daripada bandar dan penduduknya.
Anak lelaki kepadanya, anak perempuan kepadanya, dan cucu kepadanya di tempat yang berbeza, bertukar senyuman. Mereka mungkin anak-anak dan cucu-cucu kepada watak itu. Kini, burung itu terbang berjauhan. Di latar belakang, seorang individu memerhatikan adegan itu.

Sekali lagi saya ingatkan, Penamat D bukankah pilihan utama Togashi kerana dia sebenarnya mempunyai tiga lagi pilihan. Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan tidak bertambah baik dan menghalang Togashi daripada menyiapkan Hunter x Hunter, maka penamat ini berfungsi sebagai pelan kontingensi, dan memberi kepuasan sedikit kepada peminat.
Satu lagi hal adalah saya tidak dapat mengesahkan sumber berita ini. Sehingga wawancara Togashi dengan TV Asahi disiarkan, info ini harus dianggap sebagai spekulasi. Apabila maklumat lanjut didedahkan, artikel ini akan dikemas kini sewajarnya.
@gamersantaimy
Discussion about this post