gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Artikel

Tak tahu nak pilih manhwa apa untuk dibaca? Jom tengok senarai terbaik dari kami!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 11, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Manga, Senarai, Tempatan
0 0
0
Tak tahu nak pilih manhwa apa untuk dibaca? Jom tengok senarai terbaik dari kami!
0
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, kami kongsikan senarai anime harem terbaik yang boleh ditonton kepada anda. Ada pembaca kami mencadangkan untuk berkongsi Manhwa yang best pula. Jadi atas permintaan itu, kami akan berkongsi dengan anda beberapa senarai Manhwa yang terbaik untuk anda baca di waktu lapang ini!

Bagi yang tidak tahu apa itu Manhwa adalah komik dihasilkan dari Korea. Namun, perlu diingatkan yang manhwa, manga dan manhua adalah berbeza ya, kerana ia mempunyai perbezaan seperti manhwa dibaca melalui laman webtoon. Manhwa juga dicetak berwarna menjadikannya lebih menarik berbanding manhua yang hanya dicetak dalam hitam putih sahaja. Jadi tanpa membuang masa, jom intai senarai manhwa menarik yang kami kongsikan ini!

Solo Leveling

Sinopsis cerita ini mengisahkan tentang Gate yang muncul pada 10 tahun lalu dan boleh menghubungkan dunia nyata dengan alam sihir serta raksasa. Untuk memerangi mereka, orang biasa telah mendapat kekuatan super dan dikenali sebagai Hunter. Sung Jin-Woo yang berusia dua puluh adalah salah seorang dari Hunter, tetapi ia dikenali sebagai “World’s Weakest” kerana kekuatannya yang menyedihkan jika ingin dibandingkan dengan E-Rank. Namun, dia masih memburu raksasa tanpa berputus-asa di Gate peringkat rendah untuk membayar bil perubatan ibunya.

Namun, hidupnya mula berubah apabila Jin-Woo yang percaya dirinya sudah mati dalam misi telah bangun di sebuah hospital tiga hari kemudian, bersama skrin misteri yang terapung di hadapannya. Quest Log ini mahu Jin-Woo menyelesaikan program latihan yang tidak masuk akal dan intensif, atau menghadapi hukuman yang sesuai. Pada mulanya dia tidak mahu mengikuti latihan ini, tetapi Jin-woo mendapati bahawa ini mungkin cara yang mampu mengubahnya menjadi salah satu Hunter paling hebat di dunia.

The Beginning After the End

The Beginning After the End mengikuti kisah kehidupan King Grey yang hidup kembali selepas kematian misterinya. Ia dilahirkan semula sebagai Arthur Leywin, dan berusaha untuk memperbaiki kesilapan masa lalunya di benua baru bernama Dicathen, iaitu sebuah dunia sihir serta mahkluk luar biasa. Dengan pengetahuannya sebagai seorang raja yang berkuasa ketika berusia 30-an, Arthur menjalani kehidupan barunya sebagai anak kepada dua pengembara dan memperoleh tujuan melalui setiap pengalaman. Ketika seekor naga yang baik mengorbankan dirinya semasa melindungi Arthur, dia bertekad untuk menjalani kehidupan lebih ikhlas, mulia dan berani pada orang dicintainya. Dengan bantuan puteri bunian yang sesat dan Elven Kingdom of Elenoir, Arthur memulakan perjalanan untuk mencari dirinya yang sebenar.

Selepas beberapa tahun berlalu, Arthur semakin selesa dan meletakkan dirinya sebagai seorang pemuda yang dihormati. Namun, deja-vu menyerang ketika perang antara Dicathen dan Vritra, iaitu puak dewa yang dibuang di benua jauh dari situ. Arthur perlu bangkit sebagai pemimpin, walaupun dia takut menjadi raksasa perang seperti di kehidupan lalunya. Ketika perang terjadi, Arthur juga mendapati bahawa dia tidak dihidupkan semula ke dunia secara kebetulan, dan bukan dia sahaja.

Noblesse

Noblesse Cadis Etrama di Raizel, atau dikenali sebagai Rai telah didaftarkan di Ye Ran High School oleh pembantu Frankenstein untuk bersembunyi dari Union, iaitu sebuah organisasi misteri yang muncul dari darah Rai. Dia memulakan hidupnya sebagai pelajar biasa bersama rakan sekelasnya, dan melakukan aktiviti seharian manusia. Namun, hidup barunya tidak aman, jadi Rai terpaksa menyelamatkan rakan-rakan barunya yang diculik oleh Union.

Sementara itu, salah seorang ejen Union, iaitu M-21 telah membelot semasa operasi menyelamatkan Rai. Dia telah bergabung dengan kakitangan keselamatan Ye Ran High School setelah dicadangkan oleh pengarah sekolah itu, yang kebetulan adalah Frankenstein. M-21 kini bersama mereka, tetapi diganggu oleh ikatan Union kerana mengkhianati organisasi.

Masalah menjadi lagi rumit apabila Nobles Regis K. Landegre dan Seira J. Loyard juga mendaftar di sekolah yang sama untuk menyiasat Noblesse. Sementara Union memburu M-21 untuk mendapatkan petunjuk mengenai ejen yang hilang, Rai terpaksa merahsiakan identitinya bagi melindungi semua yang disayangi.

Sweet Home

Cha Hyun adalah pelajar sekolah menengah yang menghabiskan masa dengan bersembunyi di biliknya bermain permainan video. Tetapi ketika dia kehilangan seluruh keluarganya dalam kemalangan kereta yang tragis, dia terpaksa meninggalkan rumah serta berpindah ke sebuah apartment bersendirian. Namun, jiran-jirannya yang jahat dan selalu kekurangan wang menjadi punca kepada kerisauannya apabila mereka mula menjadi raksasa, serta menyebabkan kekacauan apokaliptik.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila Hyun menyedari bahawa dia juga mula berubah menjadi raksasa, sementara suara misteri dalam kepalanya semakin kuat. Dengan masa yang suntuk, Hyun perlu bekerjasama dengan penyewa lain untuk mencari punca wabak itu dan mencari cara untuk bertahan dalam dunia baru yang tiada harapan, sambil memperjuangkan nasib manusia lain.

The God of High School

The God of High School mengisahkan tentang pertandingan sengit yang diadakan antara pelajar sekolah menengah Korea untuk menentukan pejuang terbaik di antara mereka. Semua gaya seni mempertahankan diri dan senjata dibenarkan semasa bertarung, dan pemenang akan menerima hajat yang diinginkan selama ini.

Jin Mo-Ri telah berlatih Taekwondo di bawah atuknya sejak masih kecil. Kerana obses dengan pergaduhan, dia memasuki kejohanan ini untuk mencari lawan yang lebih kuat darinya. Sepanjang perjalanan, dia telah bertemu dengan Han Dae-Wi, iaitu seorang ahli karate yang ingin menjadi juara untuk menolong rakannya, dan Yu Mi-Ra, seorang ahli pedang hebat mahu menyambung warisan keluarga. Walaupun pertandingan ini nampak mudah, tetapi ada sesuatu yang menanti mereka tidak lama lagi.

Mercenary Enrollment

Ketika berusia lapan tahun, Ijin Yu telah kehilangan ibu bapanya dalam nahas kapal terbang dan dia telah terdampar di tanah asing. Ijin Yu terpaksa menjadi seorang tentera kanak-kanak upahan untuk meneruskan hidupnya. Setelah sepuluh tahun berlalu, dia telah pulang untuk bertemu kembali dengan keluarganya di Korea, yang mempunyai makanan banyak dan tempat tinggal selesa.

Namun Ijin mengetahui bahawa kehidupannya sebagai remaja tidak seperti orang lain. Dengan hanya berbaki satu tahun saja lagi di sekolah menengah, dia perlu menguasai taktik baru ke medan perang sekolah. Adakah dia mampu bertahan setahun di sekolah menengah? Atau lebih tepat adakah sekolah itu dapat bertahan dari Ijin?

Tower of God

Manhwa ini mengisahkan tentang sebuah menara yang memanggil orang-orang terpilih disebut sebagai Reguler dengan janji untuk memakbulkan hajat mereka. Sama ada menerima kekayaan, kemasyhuran, kuasa atau lebih dari itu, semuanya akan menanti mereka yang berjaya mencapai ke puncak menara.

Twenty-Fifth Bam adalah seorang budak lelaki yang hanya mengetahui gua gelap, kain kotor, dan cahaya yang tidak dapat dicapai sepanjang hidupnya. Ketika seorang gadis bernama Rachel datang kepadanya melalui cahaya, seluruh dunia Bam telah berubah. Mereka berdua menjadi teman rapat, Rachel mengajar Bam pelbagai perkara mengenai dunia luar darinya. Namun, ketika Rachel memberitahu bahawa dia perlu pergi untuk mendaki menara itu, dunia Bam hancur dan mula kecewa.

Bam bersumpah untuk mengikuti Rachel tidak kira apa yang terjadi, dia mula mengarahkan pandangannya ke menara dan berlaku suatu keajaiban. Dari situ bermulalah perjalanannya walaupun tidak dipilih oleh menara itu. Reguler mula memanggilnya sebagai Irregular, iaitu seseorang yang menggoyangkan tapak asas menara setiap kali dia berjalan didalamnya.

Tales of Demons and Gods

Dalam kehidupannya yang lalu, Nie Li terlalu lemah untuk melindungi tempat tinggalnya, tetapi dengan semangat yang membara dia menjadi Spiritual Demon terkuat dan menjadi hebat dalam dunia seni bela diri. Namun, Nie Li telah kehilangan nyawanya semasa bertarung dengan Sage Emperor dan enam raksasa bertaraf dewa.

Rohnya dibawa kembali ke tubuhnya berusia 13 tahun. Walaupun Nie Li lemah dan mempunyai bakat paling rendah dalam kelasnya, kerana hanya memiliki Red Soul Realm ketika itu. Dengan pengetahuan luas yang dikumpulnya di kehidupan masa lalu, Nie Li memilih untuk berlatih lebih cepat dari apa yang diharapkan. Dia juga memutuskan untuk membantu mereka yang mati dalam keadaan mulia di kehidupan sebelum ini untuk berlatih dengan lebih pantar bersamanya.

Nie Li ingin melindungi bandar dari masa depan yang akan dihancurkan oleh raksasa iblis dan mereka yang membunuhnya di masa lalu. Dia juga ingin melindungi kekasihnya, rakan-rakan, keluarga dan masyarakat yang mati dalam serangan itu. Nie Li akan berusaha untuk menewaskan keluarga yang dianggap suci dan sombong serta mengkhianati tempat tinggalnya di kehidupan lalu.

Dokgo

Setelah kematian abang dan ayahnya, keluarga Kang Hu mula hancur dan dia menyimpan perasaan dendam. Kang Hyuk dikenali sebagai Dokgo telah kembali ke sekolah dengan memakai indentiti kembarnya (Kang Hu) dan ingin mengalahkan kumpulan pembuli yang abangnya cuba jatuhkan.Untuk mencapai dendam ini, dia perlu mengatasi semua pembuli dan bos sekolah itu.

The Gamer

Keita Amano adalah seorang gamer yang menjalani kehidupan seperti pelajar sekolah menengah lain. Pada suatu hari, dia telah bertemu dengan seorang gadis paling comel di sekolahnya yang membuatkannya ingin menghilangkan diri tanpa dikesan. Karen Tendou adalah pelajar contoh di sekolah mereka.

Dia mula mendapati bahawa Amano seorang gamer dan ini menjadikannya mahu merekrut ke kelab game. Semasa berada di kelab itu, Amano terpaksa bermain game yang sangat berbeza dari apa yang dia pernah suka sebelum ini. Minat Tendou pada Amano mula menyebabkannya menjadi kelam kabut dan perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang tidak dijangka ini.

Sampai disini sahaja senarai manhwa menarik yang kami kongsikan. Jika anda ada cadangan lain, jangan segan untuk komen di ruang kami! Bagi mereka yang ingin membaca pelbagai liputan menarik mengenai manga, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini!

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: komikmanhwaSenarai terbaik
Previous Post

Preview Beta: Beraksi hebat dengan Legends anda di Apex legends Mobile!

Next Post

Samsung Unpacked memperkenalkan 4 produk Galaxy baru!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Review Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves – Daripada permainan papan ke movie!
Movie Review

Review Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves – Daripada permainan papan ke movie!

Review Tales of Symphonia Remastered – JRPG klasik yang lebih mudah diakses!
Review

Review Tales of Symphonia Remastered – JRPG klasik yang lebih mudah diakses!

Ketahui cabaran membuat ‘foot tracker’ dalam game VR bersama John Coleman CFO Vertigo Games!
Temuramah

Ketahui cabaran membuat ‘foot tracker’ dalam game VR bersama John Coleman CFO Vertigo Games!

March 25, 2023
Next Post
Samsung Unpacked memperkenalkan 4 produk Galaxy baru!

Samsung Unpacked memperkenalkan 4 produk Galaxy baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Kengan Ashura Season 2 akan hadir September 2023, hanya di Netflix!

Kengan Ashura Season 2 akan hadir September 2023, hanya di Netflix!

by Razin Syafiq
March 23, 2023
0

Selepas 3 tahun berehat, anime Kengan Ashura nampaknya sudah siap bersedia untuk membuat comeback! Hari ini, kita telah dapat pengesahan rasmi...

Anime My Hero Academia Sah Mendapat Musim 7! Pertarungan Dengan All For One Bersambung!

Anime My Hero Academia Sah Mendapat Musim 7! Pertarungan Dengan All For One Bersambung!

by Maira
March 23, 2023
0

Pertarungan antara Hero dan Villain masih belum tamat dengan All For One sedang melengkapkan badannya dengan Shigaraki. Orang ramai pula...

KamiErabi GOD.app — Anime Original Terbaru Oleh Pencipta NieR:Automata Diumumkan!

KamiErabi GOD.app — Anime Original Terbaru Oleh Pencipta NieR:Automata Diumumkan!

by Maira
March 23, 2023
0

Banyak betul pengumuman anime baharu untuk bulan ini. Belum masuk lagi pengumuman semasa acara Anime Japan 2023 pada hujung minggu...

Anime Rurouni Kenshin Baru Akan Tayang Julai Ini! Visual Baru Didedahkan!

Anime Rurouni Kenshin Baru Akan Tayang Julai Ini! Visual Baru Didedahkan!

by Maira
March 23, 2023
0

Setelah pendedahan semasa Jump Festa 23, projek anime reboot untuk siri Rurouni Kenshin akhirnya mendedahkan tarikh tayangannya. Diumumkan melalui Twitter...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In