Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Taiko no Tatsujin: Rhythm Festival Review — Mari Bergendang beramai-ramai!

Maira by Maira
October 4, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Review
0 0
0
Taiko no Tatsujin: Rhythm Festival Review — Mari Bergendang beramai-ramai!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau pergi ke arked, mesti anda akan jumpa satu mesin game gendang. Kalau anda ingin tahu, game itu juga ada versi konsol malah entri terbaru juga sudah dilancarkan. Game tersebut ialah Taiko no Tatsujin: Rhythm Festival. Ia sudah tersedia Nintendo Switch. Kami tahu mesti anda ingin tahu jika game ini berbaloi atau tidak untuk dimainkan. Jadi tanpa membuang masa, jom kita teruskan dengan review untuk Taiko no Tatsujin: Rhythm Festival.

Cerita

Untuk cerita, anda akan sampai di Omiko City dan menerokanya. Untuk menjadi Taiko Master yang hebat, anda akan menjelajah bersama kawan lain iaitu DON- Chan dan Kumo-kyun. Kalah anda ingin tahu, Kumo-kyun merupakan watak terbaru dalam francais ini.

Kawalan dalam Game

Dalam game Taiko no Tatsujin, anda perlu ambil berat tentang kawalannya. Kalau tidak agak susah untuk anda mainkannya nanti. Kalau anda sudah mempunyai Nintendo Switch Drum, memang bagus sangat untuk anda gunakannya untuk bermain. Sudah tentu ada alternatif lain yang anda boleh gunakan untuk bermainnya. Selain daripada controller drum tersebut, anda boleh gunakan butang, skrin sentuh dan motion control.

Kalau anda seseorang yang suka main secara santai atau di luar, boleh sahaja gunakan butang untuk bermainnya. Jangan lupa pula untuk pilih set butang yang selesa untuk anda mainkan. Kalau tidak berbelit jari itu nanti. Seperti biasa, agak susah untuk anda menekan kesemua butang apabila keluar note “stream”. Jadi mungkin anda perlukan controller khas yang membolehkan anda untuk dapatkan full combo.

Kalau tidak mahu gunakan controller lain, boleh sahaja gunakan mode touch screen. Seperti game rhythm dalam fon, ia memang senang untuk dimainkan. Anda tidak perlu risau jika banyak note yang keluar pada satu masa. Cuma kena pandai main tetapan game, kalau tidak note anda akan terhalang dengan jari pula.

Anda yang ingin “feeling” main seperti drum, boleh gunakan joy-con sebagai drumstick dalam mod motion control. Anda hanya perlu gerakkan joy-con untuk menekan note yang dipaparkan. Tetapi sensor pergerakannya tidaklah begitu terperinci. Jadi jangan pelik kenapa banyak note salah. Mod ini agak seronok juga dimainkan, melainkan anda ingin dapatkan full combo, jauhkan diri daripada mod ini.

Senarai lagu yang banyak

Untuk base game, sudah ada banyak lagu. Kalau anda langgan music pass bulanan, hampir 500 lagu tersedia untuk anda mainkan. Setiap lagu dalam senarai dibahagikan mengikut genre masing-masing seperti lagu anime, game, Vocaloid, Pop (ada K-Pop dan J-pop), Variety, Classical dan Namco Original. Kalau anda peminat game rhythm, ada juga lagu “Freedom Dive” dalam ini. Mesti anda tahu bagaimana “seksa”nya bermain lagu tersebut. Kembali kepada pas lagu bulanan tadi, terdapat dua pilihan tersedia seperti berikut:

  • 30 hari berharga 3.99$
  • 90 hari berharga 9.99$

Pelbagai mode untuk dimainkan bersama

Bosanlah kalau ada satu mode sahaja. Nasib baik Taiko no Tatsujin: Rhythm Festival mempunyai banyak mode menarik untuk dimainkan. Boleh tahan juga mode yang tersedia. Antara mode tersebut ialah:

  • Taiko Mode: Boleh dikatakan sebagai mod biasa untuk dimainkan. Anda bebas untuk memilih lagu yang ada pada library anda. Boleh dimainkan secara seorang atau beramai-ramai. Terdapat juga GOOD Match, di mana pemain yang mendapat banyak GOOD akan menang.
  • Great Drum Toy War: Lawan pemain lain atau Comp dengan “dek kad mainan”. Anda perlu menggunakan seberapa banyak kad sambil mengecas kad tersebut. Kad akan lebih pantas dicas jika anda mendapatkan note Perfect. Setiap kad mempunyai efek tersendiri yang membolehkan anda untuk sabotaj pihak lawan. Anda boleh membeli lebih banyak kad di kedai menggunakan coin yang diperoleh daripada gameplay.
  • Don-chan Band: Mod co-op sehingga 4 orang untuk memainkan lagu sama seperti sebuah band. Setiap pemain akan mempunyai bahagian mereka sendiri. Akan ada satu masa di mana semua pemain perlu menekan note secara serentak. Kalau terlepas note tersebut, ia dianggap gagal. Note pada pemain juga mempunyai bunyi mereka sendiri, jadi ikut pada pemain, ia boleh menjadi harmoni ataupun huru hara.
  • Taiko War: Di sinilah tempatnya untuk anda dapatkan aksesori luaran jika anda berjaya memasuki leaderboard.

Kalau anda ingin tahu, Don-chan boleh diubah rupanya. Malah ucapannya juga boleh diubah. Jadi semasa main dalam talian, tidaklah Don-chan anda kelihatan sama seperti pemain lain. Terdapat juga item yang boleh dibeli menggunakan coin dalam game. Kalau “timing” note anda janggal, ia boleh ditukar melalui tetapan. Untuk pemain baru, anda boleh sahaja lawati practice mode untuk berlatih dahulu. Boleh sahaja kalau anda ingin mainkan mode tersebut sebelum melompat ke mod dalam talian.

Kesimpulan

Memandangkan susah untuk kembali ke arked, anda boleh main game Taiko di rumah masing-masing dan pada bila-bila masa. Lagi seronok kalau anda mempunyai kawan yang juga suka mainkan game seperti ini. Practice mode yang tersedia sememangnya membantu pemain baru mahupun lama sebagai “warm up”. Tidaklah terpotong kombo yang dikumpul nanti. Apapun, kami memang syorkan Taiko no Tatsujin untuk anda mainkan, terutamanya kepada pemain game rhythm. Anda boleh lawati laman web rasmi Nintendo untuk menbelinya.

Untuk membaca review lain daripada kami, sila klik pautan ini.

Dapatkan sekarang!
Taiko no Tatsujin: Rhythm Festival
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Release Date: 2022-09-22
Nintendo Switch
Selamat datang ke Omiko City, pentas untuk Taiko no Tatsujin: Festival Rhythm! Bandar yang penuh dengan elemen Taiko kegemaran semua orang dikumpulkan ke dalam satu bandar! Bersama-sama dengan DON-Chan, temui rakan baharu anda, Kumo-kyun dan sasarkan untuk menjadi Taiko Master!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Taiko no Tatsujin: Rhythm Festival

7 Score

PROS

  • Practice Mode yang bagus
  • Pelbagai mode yang menghiburkan untuk dimainkan

CONS

  • Motion Control tidak begitu bagus

Review Breakdown

  • Satu rhythm game yang menarik untuk dicuba! 0
Tags: reviewTaikoTaiko no TatsujinTaiko no Tatsujin: Rhythm Festival
Previous Post

Boboiboy X PUBG Mobile bakal tiba 10 Oktober 2022! Terbaik!

Next Post

Black Clover – Asta menjadi lebih kuat dengan kuasa baru Zetten!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Black Clover – Asta menjadi lebih kuat dengan kuasa baru Zetten!

Black Clover - Asta menjadi lebih kuat dengan kuasa baru Zetten!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd