Walaupun One Piece memegang gelaran raja manga dan anime pada zaman kini, hakikatnya Naruto menjadi popular dahulu di luar negara. Malah, pencapaian ini turut diakui oleh pencipta One Piece sendiri, Eiichiro Oda dan beberapa editor terkenal Shonen Jump. Apakah alasan di sebalik populariti Naruto di luar negara? Berikut adalah penjelasan rasmi oleh Shonen Jump.
Oda: Considering my life expectancy, the Netflix TV drama series is One Piece’s last chance to go global.🥺
Oda (2015): Naruto is more popular than OP in the world, but I appreciate that it makes me jealous.
Kishimoto (2016): I wanted to surpass OP in manga, but I could not. pic.twitter.com/nUGJyrmtCJ— sandman (@sandman_AP) May 5, 2023
Topik ini sebenarnya mula menjadi viral semasa tahun 2015. Pada tahun itu, Jepun mengadakan Naruto Exhibition di mana Masashi Kishimoto (pencipta Naruto) dan Eiichiro Oda duduk untuk temu ramah panjang tentang karya dan kerjaya mereka.
Dalam temu ramah itu, Oda berpendapat bahawa Naruto mempunyai jumlah peminat yang lebih besar daripada One Piece, walaupun karyanya mempunyai status sebagai manga terlaris #1 di Jepun. Beliau berkata:
Naruto lebih popular daripada One Piece di negara luar. Walaupun sebahagian daripada diri saya tidak boleh menerima kebenaran itu, pada masa yang sama, saya bersyukur. Kerana kewujudan karya [Naruto] sedemikian, adalah satu-satunya di dunia.
Lanjut ke tahun 2019, sebuah temu bual oleh ‘denfaminicogamer.jp‘ mengesahkan lagi fakta ini apabila beberapa editor terkenal Shonen Jump membandingkan betapa popularnya Naruto secara global berbanding One Piece.
Pembincangan ini merangkumi beberapa nama besar termasuk Yahagi Kosuke (bekas editor Naruto) dan Kazuhiko Torishima (bekas editor-in-chief Shonen Jump). Yahagi mengaku siri Naruto lebih mudah untuk difahami dan diikuti kerana tidak mempunyai terlalu banyak lapisan seperti One Piece.
“Drama One Piece sangat menarik. Sebaliknya, Naruto lebih mudah difahami kerana aksi dan aspek lain berbanding drama. Saya mempunyai anak, dan apabila saya tunjukkan kepada mereka, perkara yang mereka tidak yang paling faham ialah [aspek] drama itu,” kata Yahagi dalam temu bual.
“Kami telah lama membaca manga, jadi kami cenderung untuk lihat lebih mendalam tentang apa yang membuatkan manga menarik. Tetapi ramai orang di luar negara tidak memahami manga Jepun. Saya rasa itu mungkin kerana mereka tidak mempunyai literasi atau pemahaman membaca [yang sama]. Jadi, akhirnya, saya berpendapat bahawa Naruto tidak memerlukan pemahaman bacaan seperti itu.”
Malah, mereka juga berpendapat orang luar negara lebih gemar konsep ‘ninja’ berbanding ‘lanun’ – memandangkan tema lanun sudah lama wujud secara global, dan mungkin ramai yang menganggapnya bosan.
Walaupun Naruto memperoleh kejayaan di peringkat global, One Piece kini telah menggantikan status ‘paling popular’ sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Berkat produksi anime yang berkualiti tinggi dan adaptasi aksi langsung oleh Netflix, One Piece kini mencipta nama di platform antarabangsa, yang sukar dicapai oleh francais-francais lain.
@gamersantaimy
Discussion about this post