Bulan September semakin menghampiri. Sudah tentu banyak acara ACG (Anime, Komik, Game) telah umumkan tarikh serta lokasinya. Ada satu lagi acara ACG besar yang akan berlangsung pada bulan September ini, iaitu TAGCC 2023 (Toys Anime Games Comic Con)! Jom kami kongsikan segala maklumat untuk acara tersebut!
Kalau anda ingin tahu, ini kali keempat TAGCC diadakan 2019. Pada tahun ini, acara tersebut akan berlangsung di Tropicana Gardens Mall Convention Centre, Selangor pada 23 September – 24 September 2023. Acara ini akan diadakan bermula jam 9:30 pagi.
Tiket TAGCC 2023
Maklumat tentang tiket juga telah didedahkan oleh penganjur acara. Ia sudah tersedia untuk dibeli sekarang melalui laman web rasmi. Berikut adalah senarai harga untuk semua jenis tiket:
- TAGCC One Day Ticket — RM 25
- Dibeli pada hari acara
- TAGCC Early Bird Ticket — RM 48
- TAGCC Day One Ticket x 1
- TAGCC Day Two Ticket x 1
- TAGCC Exclusive Keychain x 1
- TAGCC Kuji Draw Card x 1
- TAGCC Exclusive (Pop Race BAPE 30th Anniversary Edition) STOK TERHAD! — RM 235
- Pop Race Bosozoku Style – BAPE 30th Anniversary Edition 1:64 x 1
- TAGCC Day One Ticket x 1
- TAGCC Day Two Ticket x 1
- TAGCC Exclusive Keychain x 1 (rawak)
- TAGCC Kuji Draw Card x 1
- TAGCC Exclusive Woven Bag x 1
Tiket yang dibeli perlu dituntut melalui kaunter khas pada tarikh yang akan diumumkan nanti. Tiada khidmat penghantaran yang tersedia. Berikut adalah maklumat tuntutan tiket:
- Tarikh: 23 September – 24 September (untuk tuntutan barang eksklusif sahaja)
- Lokasi: TAGCC Redemption Counter, Tropicana Gardens Mall Convention Centre 3A Floor
Jadi geng, anda yang nak pergi ke acara ini jangan lupa untuk simpan tarikh acara di kalendar masing-masing. Berikut adalah maklumat ringkas untuk acara:
- Acara: TAGCC 2023
- Tempat: Tropicana Gardens Mall Convention Centre
- Tarikh: 23 – 24 September (2023)
Kami juga ada senaraikan acara-acara anime dan cosplay lain yang anda boleh sertai! Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan menarik tentang game, anime, filem dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post